WAJAH KERAHSIAAN

 


WAJAH KERAHSIAAN*

Bertanya Imam Ali ra kepada Nabi saw;
"Ya Rasul, jika yang menyembah itu tubuh serta nyawa dan yang disembah itu Sifat Ketuhanan, jika demikian Sifat Ketuhanan itukah Allah ?"
Jawab Nabi saw;
"Ya Ali ketahuilah olehmu, ada pun Allah itu hanya sebuah nama adanya."
Ali bertanya lagi;
"Jika seseorang itu menyembah nama sahaja, apakah hukumnya orang itu ?"
Jawan Nabi saw;
"Jika ia menyembah nama sahaja tiada dengan ilmunya, sesat semata-mata hukumnya orang itu."
Ali bertanya;
"Ya Rasul bagaimana fahamnya mengatakan orang itu sesat ?"
Jawab Nabi saw;
"Barang siapa menyembah nama tiada dengan makna maka sesungguhnya ia telah kafir dan lagi barang siapa menyembah akan makna maka sesungguhnya ia telah munafik dan barang siapa menyembah akan nama dan makna maka sesungguhnya ia telah syirik dan barang siapa menyembah akan makna dengan Hakikat dan Mak'rifat, maka itulah mukmin yang sebenarnya dan lagi barang siapa meninggalkan nama dan makna, maka yaitulah Mak'rifat daripada segala Mak'rifat adanya."
Ali bertanya lagi;
"Ya Rasul, bagaimanakah fahamnya menyembah nama dan Hakikat, Ma'krifat itu ? Dan bagaimanakah fahamnya meninggalkan nama dengan makna itu ? Hamba tiada faham ya junjunganku."
Sabda Nabi saw;
"Ketahuilah olehmu ya Ali, jika aku khabarkan kepadamu nescaya sempurnalah sekalian mukmin, islam semuanya."
Ali kembali bertanya;
"Ya junjunganku, khabarkanlah Rahasia itu kepada hamba."
Sabda Nabi saw;
"Ya Ali, barang siapa yang melihatKu, ia melihat Al-Haq."
(Shahih bukhari, kitab ta'bir halaman 72)
Sabda Nabi saw dalam hadist Qudsi;
"MARRALHABBA FAQADRAL HAQ"
Ertinya : Sesungguhnya siapa yang melihat muka atau rupa, itulah wujud yang sebenarnya.
( Sumber dari Joel Ajoy Ejo lHAKIKAT INSAN (Mengenal Diri )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan