SEDARLAH WAHAI PECINTA DUNIA*
Disaat engkau memiliki kertas-kertas yang banyak,
Disaat engkau memiliki batu-batu yang besar,
Disaat engkau memiliki besi-besi yang mewah,
Dan disaat engkau memiliki tanah-tanah yang luas terbentang.
Adakah engkau pernah SEDAR ???
Bahawa engkau harus INGAT !...
Itu bukanlah milik engkau secara Hakikatnya, tetapi kesemuanya itu adalah HAK MILIK ALLAH SWT MAHA PENCIPTA.
Engkau terlalu mencintai duniwai sehinggakan engkau mengejarkan dunia, engkau mencari kertas-kertas palsu kesana kesini dengan pelbagai cara, untuk engkau mendapatkan besi-besi buruk yang mewah, batu-batu besar yang lapuk demi memenuhi kehendak Nafsumu.
Engkau berlumba-lumba mengejarkan dunia, sampaikan engkau memijak kaki lawan engkau tanpa engkau sedar, engkau tidak peduli soal Halal atau Haram, semakin kian lama engkau tertipu dengan dunia, semakin menjauhlah dan jahillah engkau didalam Hukum Agama.
Engkau mahu menjadi seorang pemenang, engkau mahu dipuji-puji, engkau mahu dikenali orang banyak, engkau mahukan gelaran yang hebat dan kalau boleh engkau mahu semua orang mulai menyembah engkau dengan apa yang telah engkau miliki.
Sehinggakan engkau haus dan lapar akan itu semua, bagimu itu semua adalah keperluan hidup dizaman yang moden harini.
Tanpa engkau sedari secara Hakikatnya, bahawa Cahaya Rohanimu semakin malap tanpa Cahaya Allah swt, kerana engkau sibuk memenuhi kehendak makanan Jasmanimu sahaja.
Engkau berkerja keras untuk mengumpulkan segalanya, diwaktu engkau menjadi orang susah, engkaulah orang yang paling Zuhud didalam dunia ini dan engkaulah Insan yang paling taat kepada Allah swt, tetapi sebaliknya apabila Kenikmatan diberikan padamu, engkau terus berubah dan melupakan kehidupan disaat kesusahanmu.
Kononya engkau telah mencapai kemajuan hidup, lalu engkau mengubah cara hidupmu, engkau ubah gaya hidupmu, semakin hari semakin jauh cara hidup engkau dibawa arus kebaratan, hati engkau semakin menebal dengan sifat-sifat kecelaan.
Tanpa engkau sedari yang engkau telah pun menutup Cahaya Allah swt yang selama ini menerangi hatimu.
Disaat engkau memiliki duit-duit yang banyak, kereta-kereta mewah, rumah-rumah yang besar, tanah-tanah yang berpuluh ekar, engkau telah menjadi sombong, angkuh dan berprasangka bahawa itu adalah milik kerja keras engkau, padahal pengakuan itu telah membawa segunung Kesyirikan kepada Allah swt tanpa engkau sedari.
Adakah engkau sedar disaat engkau telah menemui ajal, pernahkah engkau terfikir sejenak bahawa kenderaan yang bakal jasad engkau naikki yang akan membawa engkau kekubur itu adalah KENDERAAN WAKAF ???
Dan tanah perkuburan tempat jasadmu akan dipulangkan kepada Allah swt itu adalah juga TANAH WAKAF ???
Mengapa engkau tidak meminta atau meninggalkan wasiat apabila disaat engkau mati nanti, segera kebumikan jasad engkau didalam tanah atau rumah milik engkau yang engkau bangga-banggakan selama engkau hidup ???
Apakah engkau sedar semasa hayat engkau dikandung badan, engkau pernah terfikir yang engkau akan melalui perkara-perkara genting ini ?
Itulah tandanya engkau tidak memiliki apa-apa pun, semuanya adalah milik Mutlak Allah swt, datang engkau dari Allah swt dengan tidak membawa apa-apa, maka kembalilah engkau dengan tidak membawa apa-apa untuk menghadap Allah swt.
Marilah MENTAUHIDKAN ALLAH SWT dan BERSERAH DIRI kepadaNya. janganlah engkau mensyirikkannya, ingatlah setiap Kenikmatan yang Allah swt beri itu adalah untuk engkau Nikmati dengan Kebijaksanaan, beri pada yang memerlukan, bina Ummah dan perjuangkan agama ISLAM.
Sedarlah sebelum nyawa engkau sampai ke kerongkong, takala itu pintu taubat untuk engkau mengESAkan Allah swt telah tertutup. Itulah penyesalan sebenar-benarnya penyesalan, kerana engkau Umat Islam yang memiliki Tuhan bernama ALLAH SWT Maha Berkuasa.
Jauhi Penyakit Wahn, apa itu Wahn ???;
"JANGAN MENCINTAI DUNIA DAN TAKUT AKAN KEMATIAN"
"Wahai anak adam, kamu di-ciptakan bukanlah untuk kekal dan bersenang-senang di Dunia, maka ubahlah apa-apa yang di-benci oleh ALLAH yang ada padamu, kerana kamu telah menerima untuk taat kepada ALLAH dengan ucapan;
"Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad adalah Rasul ALLAH"
(Syeikh Abdul Qadir aL-Jilani Qaddasallahu Sirrahu )
"Orang yang Benar itu tidak melihat Benar ataupun tidak Benar, tetapi dia melihat KEBENARAN Allah swt"
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan