Kasyaf

 

KISAH RAMALAN TOK KENALI KE ATAS BUMI MELAYU



Apa itu kasyaf?

"Dapat mengetahui apa yang berlaku disebalik hijab daripada perkara yang ghaib dan tidak diketahui oleh orang lain hakikat sebenar perkara tersebut”.
Mengikut Imam Al-Kusyairi “Kasyaf dari segi bahasa ialah terangkatnya hijab”.
Kasyaf merupakan suatu perkara yang tidak boleh dinafikan didalam Islam, ini berdasarkan dalil daripada apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW., para sahabat, salafussalih dan sebagainya. Ulama Ahlussunnah Wal Jamaah sepakat bahawa kasyaf memang wujud dan ia merupakan anugerah daripada Allah Taala kepada hambanya yang terpilih. Mengikut setengah pendapat bahawa kasyaf juga berlaku kepada orang kafir. Kasyaf berlaku samada semasa jaga ataupun tidur. Semasa tidur dinamakan rukyah assadiqah dan semasa jaga dianamakan ilham.
Di dalam al-Quran terdapat ayat tentang ilham yang diberikan kepada manusia. Firman Allah SWT : "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa" (Surah Asy-Syams ayat 7-8)
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin Islam yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah SWT kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin . Itupun tidak banyak kerana Allah SWT kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang.
Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.


KISAH RAMALAN TOK KENALI KE ATAS BUMI MELAYU
** Sebelum baca sila hadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tok Kenali Rahimahullahutaala .. semoga bermanfaat
Pada suatu hari, di kala Tok Kenali sedang mengajar di hadapan ramai murid-muridnya, tiba-tiba beliau dibukakan tirai untuk bercakap mengenai masa depan Kelantan khususnya.
Beliau berkata dengan serius:
"Siapa panjang umur boleh tengok;
Bumi ini akan menjadi rata, pasir akan terkambus; (Banyak bangunan akan dibina terutama di lokasi-lokasi strategik dan jalan-jalan baru dibuka)
Negeri Kelantan menjadi negeri yang maju
Tok kenali pernah berkata: “ Kampung kenali akan menjadi bandar yang luas, dan anak cucu orang kampung ini ramai yang menjadi orang yang besar-besar”.
Kata-kata ini memang terbukti dimana sekarang, Kenali atau Kubang Kerian telah berubah wajah sama sekali.
Ramai anak cucu kawasan ini dan negeri Kelantan amnya, yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam bidang masing-masing seperti bidang ilmu, agama, politik, ahli perniagaan yang berjaya dan lain-lain.
Tok Kenali pernah memberi amaran tentang akan berlakunya banjir besar di Kelantan. Beliau berkata, ”Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu bersiap-sedialah!”. Kira-kira sebulan selepas itu, berlakulah bah besar yang besar yang terkenal dalam sejarah Kelantan dengan sebutan Bah Air Merah (Disember, 1926)
Rumah akan banyak dibina;
Manusia akan berjalan dengan terbang;
Menaiki kapal terbang tidaklah sesuatu yang pelik
Manusia akan berjalan dengan punggung;
Banyak kereta di jalan-jalan
Manusia akan tidur dan makan dekat jamban tahi (tandas); (Tandas dibuat di dalam rumah, sedangkan pada masa dahulu, tandas berada di luar rumah kerana tandas adalah rumah syaitan -(HR. Bukhari).)
Ilmu akan berkembang sehingga ke kedai kopi;
Perkembangan ilmu yang pesat sehingga ada pelbagai jenama suratkhabar, televisyen, internet dan lain-lain alat media massa ..
Orang lebai akan banyak makin ramai yang pandai agama
Orang cerdik akan bertambah, Orang pandai pun akan ramai;
ramai yang berkelulusan tinggi dalam akademi
Semuanya mudah dilihat”.
Di tahun-tahun akhir hayatnya, Tok kenali pernah memberitahu murid-muridnya bahawa
" .. akan tiba suatu masa nanti si mata sepet (cina) akan menjajah Kelantan dan seluruh Semenanjung tanah Melayu. "
Cina membeli tanah-tanah milik Melayu & menjerat Melayu dengan hutang-hutang ceti Ah Long, melalui helah politik dan pelbagai cara.

(Sumber dari  Sengal Paranormal Team - SEPAT )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan