MENGANGKAT ILMU DAN MEYEBARKAN KEBODOHAN

 


KETIKA ALLAH ﷻ MENGANGKAT ILMU DAN MEYEBARKAN KEBODOHAN

أَنَّ النَّبِيَّ *ﷺ قَالَ
*إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْتَزِعُ الْعِلْمَ مِنْ النَّاسِ انْتِزَاعًا وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعُلَمَاءَ فَيَرْفَعُ الْعِلْمَ مَعَهُمْ وَيُبْقِي فِي النَّاسِ رُءُوسًا جُهَّالًا يُفْتُونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَيَضِلُّونَ وَيُضِلُّونَ*

NABI *ﷺ* BERSABDA :
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengangkat Ilmu Dari Manusia*
Setelah Ia Berikan Kepada Mereka.*
Akan tetapi Allah akan mengambil (Mewafatkan) para Ulama,*
Hingga jika setiap seorang Alim pergi, akan pergi pula Ilmu yang ia miliki.*
Sehingga Di Dunia Ini hanya tersisa orang orang bodoh,*
Mereka memberi Fatwa tanpa landasan Ilmu, Hingga mereka sesat dan menyesatkan.
(HR.Muslim : 489)

Hendaklah engkau menghindari kesombongan kerana merasa berilmu.Firman Allah Ta ala :
سحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم.
" Maha Suci Allah kami tidak mempunyai ilmu melainkan apa yang Engkau berikan kepada kami
( ilmu ) Sesungguhnya Engkau Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ".
Lepaskan perasaan banyak beramal ibadah, kerana diri kamu La haula wala quwwata Ila biLLAH.Lepaskan rasa mampu bermakrifat kerana engkau hanya dikenalkan Allah.Sabda Baginda SAW.
" عرفت ربي بربي "
Aku mengenal Allah hanya dikenalkan oleh Allah.
Lepaskan sifatmu kerana Allah yang memberi sifat padamu, kamu adalah bersifat lemah,tuli,buta,bisu,bodoh dan seumpamanya.Kamu tiada sedikitpun kehebatan dan kemuliaan semuanya sifat Allah.Duduklah kamu dalam kalimah La haula wala quwwata ila billah.
Wahai diri yang banyak dosa jangan kamu merasa hebat dan mulia kerana sesungguhnya kamu hina di sisi Allah kecuali Allah memilihmu dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW.
Ketahuilah orang yang ingin dekat dengan Allah bahawa Kalimah La ila ha illallah menghapuskan segala sesuatu yang menghijabkan kamu kepada Allah.
Wahai para ulama, kamu semua tiada ilmu kecuali apa yang Allah berikan padamu, Oleh itu kembalilah kepada Allah dengan rasa taqwa kepadaNya.
Wahai para pemerintah janganlah kamu sombong dengan kuasamu kerana semuanya binasa yang kekal adalah kuasa Allah, kembalilah kepada Allah dengan rasa taqwa kepadaNya.
Sebenarnya kita banyak kelalaian dalam ibadah dan belum merasa Ahad Allah.Kita beribadah masih megandungi syirik khofi, inilah menyebabkan kita semua ditimpa bala oleh Allah.
Marilah kita berdoa kepada Allah " Hadapkanlah kami,Ya Allah dengan Kelembutan Mu dan kasihanilah kami dengan Rahmat Mu, Ya Allah arahkan diri kamu kepada wajah Mu supaya kami beribadah dengan pertolongan Mu "Firman Allah
" اياك نعبد واياك نستعين "
Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan.

( Sumber dari Ustaz Mustaffa Kamal )

.



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan