AYAT "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"

 




AYAT "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"
Ramai diantara kita tidak menyedari bila membaca "Bismillahirrahmanirrahim" dengan sungguh-sungguh, faham akan maknanya dan mengerti apa tujuannya, bahawa dengan itu maknanya kita sudah menyepadani tubuh ini dengan berlindung diri bersama dua Asma' Allah "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim".
Tanpa kita fahami juga bahawa seluruh kewujudan jiwa dan raga ini, "menjadi hidup" dengan mendenyutkan bacaan ayat-ayat sakti tadi sambil menghilangkan gerak-rasa kemanusiaan dengan menyarongkan Sifat-Sifat Allah "Yang Maha Pengasih" dan "Yang Maha Penyayang".
Inilah ilmu yang tidak pernah dijelajahi dan jarang-jarang diajarkan oleh ramai orang alim sehinggakan mereka yang salah berperilaku atau tersalah menemukan jisimnya, justeru selalu akan "disiksa" dan mendapat bencana yang tidak dimengerti sama-sekali oleh dirinya sendiri.
Oleh itu, berhentilah dari menunjukkan sikap benci segala apa yang wujud disekeliling kita. Umpamanya bila kita sedang makan, agar hendaknya dijauhi dari berkata "tidak sedap", setelah diiringi ayat "Basmalah" kemudian dilampiaskan di muka yang jengkel. Apalagi kalau melafaskan kata-kata yang kesat, sedangkan kita akur yang diri kita sedang meresapi kesedaran yang tinggi dalam ilmu dari Dzat Allah.
Akhirnya, pengertian tentang Sifat-Sifat Allah ini, seakan-akan dipermainkan sekaligus mengakibatkan "luka" memakan diri sendiri. Maka itu, janganlah ditanya kenapa, sebab seharusnya kita sudahpun faham sekarang.
Contohnya yang simple begini:
Jika ada seekor nyamuk datang menggigit kulit dan menghisap darah kita, lalu kita menepuknya sampai mati tanpa belas, sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri tanpa diketahui. Bukan saja kita telah membunuh makhluk Allah, bahkan telah lalai dari menghurmati adanya makhluk lain yang juga tumpang bernafas di bumi manis ini.
Kerana pada awalnya lagi kita sudahpun dengan rela mengisbatkan Sifat-Sifat Allah lalu tiba-tiba tergamak mengkhianati kesucian-Nya. Kemanakah gerangan agaknya pengertian Sifat-Sifat Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang) tadi?
Pendek kata, dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" maknanya kita berkata; "AKU-lah Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang".


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan