Zikirullah...

 

                                                        Syeikh Alee Abdul Qadir

Imam Al-Ghazali ditanya:

"Bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku lalai"
Jawab Imam Al Ghazali
"Teruskan berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata kata sesuatu yang kotor dan sia-sia.

Zikir : FADHILAT "LAA ILAHAILLALLAH"
Fadhilat “Laa Ilahaillallah” (Tidak ada Ilah selain Allah)
“Iman itu lebih daripada 60 cabang, yang paling tinggi ialah kalimah Laa Ilaahaillallaah dan yang paling rendah ialah membuang duri dari tengah jalan.” (Bukhari & Muslim)
“Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilahaillallaah dengan hati yang ikhlas.” (Bukhari)
Rasulullah bersabda : “Perbaharuilah iman kalian.”
Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?”
Baginda menjawab : Perbanyakkanlah mengucapkan “Laa Ilaahaillallaah.” (Ahmad, Thabrani)
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Ibnu Majah).
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah “Laa Ilaahaillallaah”.” (Ahmad)

LAA MAUJAUDA BIHAQQIN ILLALLAH
(tiada yg wujud / ada melainkan Allah)
NAFI dan ISBAT.
Tinggalkan lah rasa keberadaan dirimu.
Lepaskan lah kewujudan dirimu.
Hancurkan lah rasa keakuan dirimu.
Leburkan kemanusiaanmu mencerna kalimat hikmah sufi :
LAA MAUJAUDA BIHAQQIN ILLALLAH....
Niscaya didalam ketiadaanmu itu dan didalam kegaiban itu :
AKU lah yang nyata. AKU lah yang ada.
Selain daripada AKU hanya lah *fatamorgana*
Selain daripada AKU ujud binasa.
Segala sesuatu bergantung ujud kepada AKU.
Kerana sememangnya dan sesungguhnya yang wujud dan maujud itu hanyalah AKU....
AKU lah yang hidup.
Selain AKU hidupnya adalah tiupan nafas dari *kehidupan ku*
AKU lah yang nyata. Selain aku fana' dibawah ujud ku.....
AKU.......................

(Sumber dari Tariqah Al-Ghazaliyyah, ms 28 / Kalam Sufi)

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan