MENGAPA ISLAM HARI INI KIAN LEMAH ?
Ini untuk kita renungkan bersama-sama,
Mungkin tidak 100% tepat, namun ada banyak juga kebetulannya.
MENGAPAKAH DI MALAYSIA AGAMA KRISTIAN BERKEMBANG DAN AGAMA ISLAM TIDAK ???
Kerana;
Orang Islam sendiri menjual atau memperdagangkan agamanya (Penunggang agama).
Air jampi dijual, Jus Tok Guru kononnya telah dijampi.
Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal.
Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi dengan PERCUMA !
Ustaz-ustaz/Ustazah-ustazah mengajar agama “Demand” atau meminta bayaran yang sangat tinggi. Sedangkan dahulu guru-guru agama mengajarkan Al-Qur'an dengan seikhlas hatinya hanya kerana Allah swt.
Mubaligh Kristian berdakwah secara Percuma !. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan dan minum dan tempat tinggalnya.
Jabatan Agama Islam sibuk hendak menangkap orang berkhalwat, orang pergi karaoke, bernikah di Siam dan orang tak puasa.
Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan seperti janda, fakir miskin, mangsa tanah runtuh, banjir dan sebagainya.
Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid pula dikunci, tak bagi orang masuk tidur kononnya.
Imam solat kerana waktu kerjanya dibayar gaji, khidmat paderi pula sukarela.
Air zam-zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara Percuma !
Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang, tetapi Kristian sibuk berdakwah.
Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci, membawa orang ke Mekkah, untuk buat Umrah. Harganya pula mahal kerana bermotifkan keuntungan melampau.
Paderi pula sibuk menaja orang-orang susah membaiki rumah dan bantuan barang-barang dapur.
Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “Pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan Asnaf.
Paderi pula sibuk membuat kebajikan.
Malah pusat-pusat zakat bangga dengan "Mencanang" kutipan zakat berjuta ringgit, tapi fakir miskin masih banyak memerlukan bantuan. Sibuk bangga dengan Asnaf yang menerima bantuan, diupdate di laman sosial, sehingga setiap tahun bilangan meningkat dari 50k orang jadi 55k orang, sepatutnya cari jalan untuk mengurangkan bukan menambahkan !
Ustaz-ustaz sibuk nak menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi pula sibuk membina hospital.
Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri, sampai lupa Tuhan lupa Agama.
"ADAT & ADAP ASAL DAH KEBARAT"
Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.
Kembalilah kejalan yang "LURUS" wahai Umat Islam.
Renungkanlah.... !
INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABAT LAIN;
- JANGAN BANGGA.
- JANGAN BERLAGAK.
1) Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT.
2) Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR dan KERANDA.
3) Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN.
4) Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir – VAN JENAZAH.
5) Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".
(Surah Al-Asr Ayat 1 : 3)
“Sungguh suatu kezaliman dan kebodohan kalau engkau memohon penghormatan dan peng-Agungan dari manusia, sementara hatimu kosong dari meng-Agungkan dan menghormati Allah SWT.”
[Ibnul qayyim al Jauziyah Rahimahullah]
0 comments:
Catat Ulasan