HIDAYAH MILIK ALLAH*
Ø¥ِÙ†َّÙƒَ لا تَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ Ø£َØْبَبْتَ ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ ÙŠَØ´َاءُ
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Qasas, 28 : 56)
Jadi disini kita harus fahami betul-betul, kerana kalau kita terlalu sangat berharap, dibimbangi sehingga kita akan melampaui batas, dan mampu membuat kita terlupa.
InsyaAllah... kita semua sudah tahu perkara itu, tetapi kadang-kadang bila kita terlalu sayangkan seseorang, kita betul-betul mahu dia menerima Hidayah Islam, atau kita betul-betul mahu dia terima Hidayah Salaf, kita mahu dia terima Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kadang-kadang kita terlajak, terbawa-bawa sehingga apabila dia tidak menerima, kita akan berasa sangat sedih atau kita terasa terlalu marah.
Perkara ini boleh merosakkan akidah kita, kerana kita seolah-olah melihat bahawa kalau kita sudah menyampaikan hidayah itu, dia wajib terima.
Terima atau tidak terima itu bukanlah kehendak kita. Ia di luar kemampuan kita. Terima atau tidak terima itu adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tugas kita sekadar hanya menyampaikan saja peringatan dan kesedaran. Allah swt mengatakan kepada Rasulullah saw;
Ø¥ِÙ†ْ عَÙ„َÙŠْÙƒَ Ø¥ِÙ„َّا ٱلْبَÙ„َÙ€ٰغُ
“Kewajipan engkau tidak lain hanyalah menyampaikan.”
(Surah Syura, 42 : 48)
Jadi kita harus ingat betul-betul supaya jangan kita sampai kecewa. Nanti kita pula jadi yang tidak betul atau tidak tentu arah. Jangan ! Sebaliknya kita kena jadi seperti firman Allah swt;
ÙˆَتَÙˆَاصَÙˆْا بِالْØَÙ‚ِّ ÙˆَتَÙˆَاصَÙˆْا بِالصَّبْرِ
“Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah Al-Asr, 103 : 3)
Berpesan-pesan dengan kebenaran berkait rapat dengan kesabaran. Kita kena sabar.
Anggaplah kita ini sebagai Doktor, ubat kita adalah Ilmu. Kita hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan. Itu sahaja !
Lebih daripada itu kita serahkan kepada Allah swt, kita berdoa kepada Allah swt supaya di berikan dia Hidayah.
“Sungguh suatu kezaliman dan kebodohan kalau engkau memohon penghormatan dan peng-Agungan dari manusia, sementara hatimu kosong dari meng-Agungkan dan menghormati Allah swt.”
[Ibnul qayyim al Jauziyah Rahimahullah]
* TIGA KEHENDAK ALLAH SWT
Dikatakan bahawa apabila Allah swt menghendaki seseorang menjadi baik, maka;
1) Allah swt akan memberikan pemahaman kepadanya didalam urusan agama
2) Allah swt menjadikan dia zuhud didalam urusan dunia; dan
3) Allah swt membuatnya sedar akan kekurangan dirinya.
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan