Seminar Tarekat & Tasawwuf Peringkat Negeri Pahang 1442H / 2020M


Seminar Tarekat & Tasawwuf Peringkat Negeri Pahang 1442H / 2020M 

KUANTAN, 12 NOVEMBER 2020 - Jabatan Mufti Negeri Pahang bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (MUIP) telah menganjurkan Seminar Tarekat dan Tasawuf Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2020 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.

Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai amalan-amalan tarekat sebenar yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W demi mengukuhkan keimanan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat.

YBhg Tuan Guru Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Kedudukan dan Kepentingan Tarekat serta YBhg Dr. Ayman Al-Katiri pula telah membentangkan kertas kerja bertajuk Tarekat Muktabarah yang diamalkan di Malaysia. Kedua tokoh ini adalah juga merupakan 
Ahli Panel Pakar Tarekat JAKIM.

Seramai 250 orang peserta telah menghadiri seminar ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAM Tengku Panglima Raja Lt.Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah., SSAP.,SIMP. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.
Seminar ini telah turut dibuat secara live streaming facebook 
https://www.facebook.com/jbtnmuftipahang/videos/2865415530407285/ dan telah mendapat komen yang banyak dari kalangan ummah yang peka dan prihatin pada ilmu tasawwuf ini.
Kita berharap agar lebih banyak lagi seminar dan bengkel seperti ini dapat diadakan di Jabatan Agama Negeri yang lain bagi memberi pencerahan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang berminat dengan keilmuan tasawwuf dan gerakan tarekat di negara ini.

Share on Google Plus

About TvTarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Komen