Kesah Nabi

 


Hadis Nabi ada mengatakan dalam satu abad itu :--

1. Tiga ratus orang yang sama hatinya dengan hati Adam.
2. Empat puloh orang yang hatinya sama dengan hati Ibrahim.
3. Tujuh puloh orang yang hatinya sama dengan hatinya Musa.
4. Lima orang yang hatinya sama dengan Jibra'll.
5. Tiga orang hatinya sama dengan Mika'il.
6. Satu orang yang hatinya sama dengan Israfil.

Kerana itulah sangat sedikit manusia yang menilaikan Ma'rifat atau Ilmiah Rohani. Hati orang yang tidak ada ma'rifat dinamakan Al Apidah dan hati orang yang ma'rifat dinamakan Qalbi atau Latifatul Qalb. Hati orang yang mukmin itu dinamakan Baitullah. Maka tiga cara dan nama hati, maka yang mana satu pada manusia itu adalah habuannya sendiri. Tuhan hanya memandang kepada Hati Mukmin. Bukan kepada hati Al Apidah. Kajian hati lebeh dahulu di ketahui kerana ma'rifat itu berkait dengan salah satunya hati. Sekurang-kurangnya hati yang bernama Qalbi, yang utamanya hati yang bernama Kalbun Mukmin Baitullah.

Dari hati Mukmin itulah datangnya anugerah Tuhan Nur kepadanya. Barangsiapa yang tidak ada Nur maka ia tidak boleh ma'rifat. Walaupun seorang itu cerdik sebesar langit tetapi jika tidak ada Nur di dalam hatinya maka ia tidak boleh ma'rifat. Walau kaya sebesar dunia hartanya tetapi ma'rifat tidak akan dapat diperolehinya namun tidak ada Nur di dalam hatinya. Walau bagaimana besar darjat orang itu dalam dunia ini, dunia di bawah perintahnya, namun tidak ada Nur di dalam hatinya ia tidak akan boleh ma'rifat. Walau bagaimana besar alim-ulamaknya, sebuah kapal kitabnya yang di lancarkan, tetapi jika hatinya ada setitik hitam, maka ma'rifat tidak akan dapat padanya.

Yang dapat ma'rifat, setelah hatinya, benar2 putih, jiwanya benar2 bersih, makna jiwa ialah nafsu, rohnya telah celek. Niatnya benar2 suci, maka baharulah tercapai ilmiah ma'rifat jadi praktikal pada seseorang itu. Rahsia ilmu bukan di dalam kitab, bahkan untuk megetahui rahsia isi Al Quran itu ialah kepada orang yang mempunyai rahsia jua.

Maka dari ma'rifat itulah tangga mendapat ilmu yang seni atau yang sulit dari Tuhan. Nabi Muhammad S.A.W. pergi ke Bukit Nur itu ialah kerana beramal dengan ma'rifat kepada Tuhanya, maka dari amalan ma'rifat Nabi Muhammad S.A.W. itulah maka Baginda itu telah menyampaikan dirinya dengan Malaikat Jibraill yang mula-mula membawa Wahi surat Baca itu. Dari peristiwa yang berlaku pada Nabi Muhammad S.A.W. di GUA HIRA' itulah dinamakan :-

1. Khaluat.
2. Pertapaan.
3. Suluk.
4. Rohani.

Maka segala perbuatan yang empat kalimat itu adalah berserta dengan MA'RIFAT, jika tidak ada ma'rifat maka bukanlah dinamakan salah satu kalimat yang tersebut pada sisi Ahli Hak. Setelah tamat ma'rifat Nabi Muhammad S.A.W. maka barulah Baginda itu mengembangkan Ugama Islam yang di kenal dengan nama Ilmu Syariat atau Syara'iah itu.

Malah Nabi Ibrahim Khalilullah itulah Rasul yang mula megajarkan empat serangkai iaitu ,Syariat, Tarekat, Hakikat dan Ma'rifat kepada umatnya.

Maka perkataan Saupi itu lahir sejak Nabi Adam A.S. kerana itulah ucapan Syahadat Adam dengan kalimah LAILAHAILLALLAH ADAM SAUPI ALLAH. Maka manusia yang mempunyai hati yang sama dengan Adam itulah yang diakui bilangan Ahli Saupi atau Aspia.

Maka hati yang sama dengan Ibrahim A.S. itulah yang dapat Kasyap yang dinamakan Amilun Billah, kerana Ibrahim yang dapat melihat jauh apa yang berlaku terhadap isterinya dengan Raja itu.

Maka hati yang sama dengan Musa A.S. itulah yang mendapat Khitabullah yang dinamakan Ahli Laduni, kerana Musa itulah yang Taklimullah.

Maka hati yang sama dengan Jibraill itulah yang dapat Berkhitab dengan Allah kerana Jibraill itu Kalamullah.

Maka hati yang sama dengan Mikail dan Israfil itulah yang bertaraf Malaikat.....

( Sumber dari Ismail Abdul Aziz )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan