SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM.


 SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM.

Sultan Mansur Syah I adalah Sultan Perak ke 2, baginda memerintah dari tahun 1549 sehingga 1577. Kisahnya berlaku di hari Jumaat ketika baginda sultan sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat dan secara tiba-tiba baginda sultan telah ghaib di dalam masjid Kota Lama Kanan, kelibat tuanku sultan sudah tidak kelihatan.

Suasana dalam masjid menjadi gempar dan kelam kabut, puaslah rakyat berdoa meminta petunjuk kepada Allah dan mencari di sekeliling masjid dan sehingga ke setiap pelusuk negeri Perak, tetapi Tuanku Sultan tetap tidak ditemui.

Ada cerita yang mengatakan bahawa para jemaah masjid telah dipukau dan baginda sultan telah diculik lalu dibawa keluar dari masjid dan dilarikan entah ke mana. Ada juga cerita yang mengatakan bahawa baginda telah "dijemput" dan 'diambil' dan dijaga oleh orang bunian atau jin islam, memandangkan kisah sejarah kesultanan Negeri Perak ini dikaitkan dengan makhluk jin islam dan alam ghaib, ALLAHUALAM.

Pada hari Jumaat di dalam Masjid Kota Lama Kanan, buat kali terakhirnya Baginda Sultan Mansur Syah I kelihatan di depan mata rakyat jelata dan disinilah juga baginda GHAIB selamanya, jasad baginda tidak ditemui lalu diisytiharkan mangkat tapi tidak bermakam, akhirnya baginda digelar " Marhum Masjid Kota Lama Kanan ".

Sebagai memperingati Almarhum Sultan Perak ke 2 yang "Mangkat Ghaib" di dalam Masjid maka dipacaklah sebuah rekaan dari batu yang berbentuk seakan batu nisan di dalam Masjid Kota Lama Kanan, tetapi batu itu bukanlah batu nisan tetapi ia adalah batu ingatan kepada baginda yang tidak bermakam.



Walaupun Sultan Mansur Syah I "Mangkat Ghaib Tidak Bermakam" , tetapi mengikut adat di-Raja turun-temurun kesultanan Perak , setiap bakal Sultan Perak yang akan ditabal mejadi Sultan Perak itu DI MESTIKAN untuk menziarahi batu peringatan Sultan Mansur Syah I yang terletak di dalam Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar , Perak. Al Fatihah.

Sumber : FB Alam Melayu Merindu

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan