SIAPAKAH PENGASAS ILMU TAUHID?


Siapakah pengasas Ilmu Tauhid?

Jika kita hendak mengambil kira pada asalnya, pertanyaan yang betul adalah siapakah yang menyusun Ilmu Tauhid?

Tentulah Allah swt yang mengasaskan Ilmu Tauhid, tetapi yang dimaksudkan dengan pengasas Ilmu Tauhid di sini adalah orang yang menyusunnya supaya senang dibaca iaitu "Abu Hassan Al-Asy'ari" dan juga "Abu Mansor Al-Maturidi" juga disebut dengan Asy'ariah dan Maturidiah, serta pengikut mereka berdua dan jika kita menyingkap semula sejarah Ilmu Tauhid, mereka berdualah yang membawa dan memahami fahaman "Ahli Sunnah Wal'jamaah."

Sebenarnya Ilmu Tauhid ini dari dahulu kala lagi, dari zaman Nabi Adam as malah sebelum wujud Nabi Adam as, Allah swt sudah pun menciptakan makhluk yang lain sebelum Nabi Adam as. Terdapat juga jin-jin yang beriman kepada Allah swt dan mereka semua mempelajari Ilmu Tauhid, sebab itu saya mengatakan tadi bahawa pengasas atau pencipta Ilmu Tauhid ini adalah Allah swt dan dengan Rahmatnya disampaikan kepada manusia sekelian alam.


Bagaimana jika ada orang mengatakan Ilmu Tauhid ini datang daripada Al-Qu’ran dan Hadis?

Ya memang betul ia datang kepada kita melalui Al-Qu’ran dan Hadis, tetapi siapa di antara kita yang mampu menyusunnya ?

Memetiknya satu persatu daripada Al-Qu’ran dan Hadis, malah bagi orang-orang yang alim sekalipun ianya bukannya perkara yang mudah untuk dilakukan, jadi apabila kita mengatakan pengasas Ilmu Tauhid, ia bermaksud petikan dari Al-Qur’an dan Hadis yang disusun oleh "Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansor Al-Maturidi" supaya senang dibaca oleh kita dan tidaklah perlu mencarinya satu persatu ayat Al-Qur’an atau Hadis yang berkaitan Ilmu Tauhid. Sedangkan jika kita mencarinya didalam Al-Qur’an dan Hadis ia adalah perkara yang sama.

Jika orang yang kurang pengetahuan mengatakan Kitab yang kita baca adalah Bid’ah, adakah dia menyangka bahawa Ilmu Tauhid yang kita pelajari diambil dari buku yang lain ?

Adakah kita sebagai orang Islam mahu mengambil rujukan dari buku entah dari mana selain dari Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah saw ?

Bilakah Abu Hasan Al-Asy'ari menyusun Ilmu Tauhid ini?

Tarikh yang umum yang kita ketahui adalah pada tahun 300 hijrah.

Bagaimana pula orang Islam sebelum itu belajar Ilmu Tauhid?SI

Ia adalah pada zaman Rasulullah saw, maka Ilmu Tauhid pada zaman Rasulullah saw itu adalah mudah sahaja kerana Para Sahabat dan Ummat Islam pada zaman itu boleh bertanya terus kepada Rasulullah saw, Para-para Sahabat dan Ummat Islam pada ketika itu masing-masing memahami Al-Qur’an dengan baik dan lengkap kerana jika terdapat sesuatu yang mereka tidak faham, mereka boleh bertanya terus kepada Rasulullah saw dan setelah Rasulullah saw wafat, walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi Syariat tetapi tidak dari segi Akidah dan di zaman Para Tabi'in.

Hassan Basri adalah orang yang mula-mula menyusun Ilmu Tauhid Ahli Sunnah Wal'Jamaah yang diambilnya dari Al-Qur’an dan Para Sahabat Rasulullah saw, beliau pergi bertemu dengan mereka kemudian disusunnya menjadi Akidah Ahli Sunnah Wal'Jamaah dan seterusnya diwariskan turun sehinggalah sampai kepada Abu Hassan Al-Asy'ari dan Abu Mansor Al-Maturidi, dan Abu Mansor ini sebenarnya belakang sedikit dari Abu Hassan Al-Asy'ari didalam 20 ke 30 tahun bezanya kehidupan mereka, dan tidak juga pasti jika mereka pernah bertemu namun mereka masing-masing menyusun Ilmu Tauhid ini dari dua negeri yang berbeza contohnya; seorang di Basrah dan seorang di Baghdad.

Tetapi apabila diteliti, mereka berdua menulis perkara yang sama dan mirip sekali penulisan mereka kecuali terdapat perbezaan pada perkara-perkara yang kecil yang tidak mendatangkan mudarat kerana bukan dari perkara asas dan tidak mengapa jika kita mahu mengikut pemahaman Abu Hassan Al-Asy'ari ataupun Abu Mansor Al-Maturidi.

Jesteru Akidah Ahli Sunnah Wal'Jamaah pada hari ini di ambil dari mereka berdua. Dari sudut sejarah Abu Hassan Al-Asy'ari menyusun Ilmu Tauhid yang diasaskan dari Imam Shafi'e pada tahun 100 lebih hijrah dan beliau wafat pada tahun 200 lebih hijrah jesteru orang-orang Islam Mazhab Imam Shafi'e semuanya mengikut Ilmu Tauhid susunan Abu Hassan Al-Asy'ari.

Abu Mansor pula kebanyakan Ilmu Tauhidnya susunan beliau diambil dari Imam Hanafi, sebenarnya ajaran dari Imam Shafi'e dan Imam Hanafi sama sahaja, malah semua Mazhab itu sama sahaja kecuali perbezaan pendapat didalam perkara kecil contohnya;

Imam Hanafi mengatakan bahawa "Orang yang berbahagia adalah orang yang beriman ketika ini"

Tetapi Imam Shafi'e pula mengatakan "Bahawa orang yang berbahagia adalah orang yang di akhir hayatnya didalam iman"

Dan inilah contoh perbezaan pendapat di antara mazhab ini dan ianya bukan perkara yang besar tetapi perkara yang kecil dan tidak menjadi kesalahan bagi kita mengambil pendapat salah satu dari mereka.

Contohnya dari pendapat Imam Hanafi jika seseorang itu bahagia dalam erti kata pada ketika ini dia beriman dan dia juga boleh berubah menjadi tidak bahagia jika tidak lagi beriman tetapi jika mengikut pendapat Imam Shafi'e pula orang yang beriman tak boleh berubah lagi dan menjaga keimanannya hingga ke akhir hayatnya, iaitu orang yang berbahagia adalah orang yang di akhir hayatnya dalam iman.

Kedua pendapat ini adalah perkara yang sama tapi dilihat dari dua sudut yang berbeza dan inilah perbezaan kecil yang dimaksudkan yang terdapat diantara Mazhab ini. Seperti yang saya katakan tadi kebanyakan orang Islam Mazhab Imam Hanafi mengikut Ilmu Tauhid susunan Abu Mansor Al-Maturidi dan orang-orang Islam Mazhab Imam Shafi'e pula mengikut Ilmu Tauhid susunan Abu Hassan Al-Asy'ari dan begitu juga kita orang melayu belajar Ilmu Tauhid dari susunan Abu Hassan Al-Asy'ari.

Abu Hassan Al-Asy'ari juga mempelopori Ilmu Sifat 20, iaitu kaedah-kaedah Mengenal Sifat Allah swt serta Mengenal Allah melalui Sifat-Sifat-Nya, dengan mempelajari Ilmu Sifat 20 sahajalah yang akan dapat Mentauhidkan Allah swt dengan sebenar-benar kenal.

Inilah landasan Ahli Sunnah Wal'Jamaah (ASWJ) yang BENAR didalam KEBENARAN, iaitu Tauhid atau meng-ESA-kan Allah swt terlebih dahulu.

Islam, Iman, Ehsan juga akan terlahir apabila memahami Tauhid Sebenar kepada Allah swt. Seperti Rasullulah saw menyebarkan Tauhid terlebih dahulu.

"SEBARKAN KESELAMATAN BUAT SEMUA UMAT MANUSIA"

( Syeh Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan