ORANG AWAM MEMAHAMI ILMU TASAWWUF


 ORANG AWAM MEMAHAMI ILMU TASAWWUF*

Orang awam yang ingin memahami Ilmu Tasawwuf.

Perbicaraan berkaitan Ilmu Tasawwuf. Apabila membicarakan tentang ilmu ini, perlu di lihat dari sudut positif, bukannya seperti tindakan sesetengah pihak yang senantiasa mencari salah didalam golongan Sufi, lalu menimbulkan keraguan orang ramai kepada golongan ini.

Amalan keRohanian merupakan satu manhaj yang mana usul dan furu'nya diambil daripada Al-Qur'an dan Hadith, serta ijtihad para ulama bagi perkara yang tiada dinaskan menerusi kedua-dua sumber tersebut.

Ianya sama seperti amalan fiqh yang mempunyai mazhab, aliran, madrasah, para mujtahidin dan para imam yang menetapkan rukun-rukun dan kaedah-kaedah bagi sesuatu amalan.

Ilmu yang membicarakan mengenai keRohanian ini berkembang dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah ia dikenali sebagai Ilmu Tasawwuf, Ilmu Tazkiyah, Ilmu Akhlak, Ilmu Suluk atau Ilmu Salik Menuju Allah swt.

Para Ulama Sufi telah mengarang sebanyaknya buku mengenai Tasawwuf yang membicarakan dari sudut usul, furu' dan kaedah Sufi. Antara buku-buku yang terkenal ialah seperti;

1) Al-Hikam Al-'Ata'iyyah
2) Qawa'id Al-Tasawwuf
3) Ihya' 'Ulum Al-Din
4) Al-Risalah Al-Qushayriyyah
5) Al-Ta'arruf Li Madhhab Ahl Al-Tasawwuf

dan sebagainya.

Gerakan Tasawwuf tersebar serata dunia Islam pada kurun ke-3 Hijrah. Setelah itu ianya berkembang menjadi beberapa kumpulan Tarekat yang dikenali sebagai Tarekat Sufiyyah. Terdapat beberapa orang ulama masyhur yang dinisbahkan kepada Tasawwuf seperti;

1) Al-Junayd al-Baghdadi
2) Ahmad Al-Rifa'i
3) Sheikh Abdul Al-Qadir al-Jailani
4) Abu Al-Hasan Al-Shadhili
5) Muhy Al-Din bin 'Arabi
6) Shams Al-Tibrizi
7) Jalal Al-Din Al-Rumi
8) Al-Nawawi
9) Al-Ghazali
10) Al-'Izz bin 'Abd al-Salam.

Di kalangan pemimpin pula seperti Salah Al-Din Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fatih.

Tidak dinafikan bahawa terdapat golongan yang jahil terhadap agama, terutamanya Ahli Syariat dan Fekah yang cuba melibatkan diri dengan amalan Tasawwuf. Lalu mereka melakukan amalan-amalan salah yang bertentangan dengan Syariat agama.

Golongan seperti inilah yang mendatangkan fitnah kepada golongan Tasawwuf yang Benar dan Muktabar. Menerusi merekalah tersebarnya perkara-perkara khurafat yang dilarang syarak.

Kemudian muncul pula golongan Salafi-Wahabi yang menjadikan perbuatan bagi kumpulan tersebut sebagai buah tanggung bagi mereka untuk menyerang golongan Tasawwuf Muktabar dengan mengatakan beberapa amalan yang dilakukan oleh golongan Sufi sebagai bid'ah, sedangkan kekarutan itu datang daripada kumpulan tersebut yang cuba masuk ke dalam amalan keRohanian.

Segala Tasawwuf Muktabar yang didalamnya dipelopori oleh ulama besar seperti Ibn 'Arabi dan seumpamanya disatu bakulkan oleh golongan Salafi-Wahabi bersama-sama kumpulan yang menyeleweng itu, sehingga menjadikan golongan Sufi yang benar dalam kandang bersalah oleh pengikut Salafi-Wahabi, didalam menyerang golongan Sufi dari dalam.

Semoga kita terhindar dari fitnah ini dengan mendalami Ilmu Tasawwuf kepada para ulama ASWJ yang mendalami bidang ini serta memahami dengan baik jalan-jalan Ahli Sufi.

"TASAWWUF itu PENSUCIAN JIWA, dari perbuatan lalu mensucikan Roh sebelum kembali kepada Allah swt."

( Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan