Mengenali Diri Nya Allah Ta'ala


 Seorang Ahli Sufi berkata :

"Jika ada orang yang ingin tahu atau masih ingin mengenali Diri Nya Allah Ta'ala", maka jalannya adalah seperti berikut " :

1. Apabila Ahli Syariat ingin melihat dan mengenal Allah Ta'ala, lihatlah pada diri Baginda Muhammad SAW. Disana kesemua sifat kesempurnaan Allah Ta'ala ada didalam keperibadian Rasulullah SAW. Maka engkau akan bertemu dengan kalimat "La ilaha illallah Muhammad Rasulullah".

2. Apabila Ahli Tarekat ingin mengenali Ku, kenalilah gerak geri mu sendiri. Perhati dan hayati setiap pergerakan gerak dan diam mu itu. Nescaya engkau akan bertemu dengan kalimat "La tatahar rokum, dzaratum illa bi iznih".. yang bermaksud "Tiada akan bergerak sesuatu itu biarpun se zahrah jika tiada izin Allah Subhanahu wa Ta'ala".

3. Apabila Ahli Hakikat ingin mengenali Ku, kenalilah nyawa mu, kerana biarpun engkau berkehendak melihat akan nyawa mu dengan menggunakan peralatan serba canggih diatas canggih, namun engkau pastinya masih tidak akan dapat melihatnya. Maka bertemulah engkau akan kalimat ini : "Al insanu sirri, wa ana sirruhu".. yang bermaksud "Manusia itu adalah rahasia Ku, dan Aku adalah rahasianya".

4. Apabila Ahli Ma'rifat yang berharap ingin mengenali Ku, maka cubalah engkau melihat wajah mu itu tanpa menggunakan cermin. Disitulah engkau akan tahu bahawa mata mu itu tidak boleh memandang wajah mu sendiri, kecuali sesudah engkau menggunakan cermin. Maka engkau akan menyedari akan kalimat ini : "La ya'rifu illallah"... bermaksud "Tiada yang mengenal Allah hanya Allah.


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan