Aku melihat Allah : Allah melihat aku.


 Aku melihat Allah : Allah melihat aku.

"Wusyul" :
Adalah suatu kaedah "sampai" ke Hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala secara Ainul Basyirah, mata hati, mata batin, mata roh, Liqo'ullah dan Mukasyafah yakni pada Maqam tertinggi dalam ilmu Tasawwuf Ma'rifatullah.

Wusyul Sifat.
Wusyul Asma'.
Wusyul Af'al.
Wusyul Dzat Mutlak Allah Ta'ala.

Setakat yang kita ketahui, hanya Baginda Muhammad SAW sahaja telah wusyul "Sampai" (bertemu face to face) dengan Dzat Mutlak Allah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu ketika berlakunya peristiwa Mukjizat paling Agung Baginda yakni "Isra' dan Miqraj".

Jika kamu memiliki keyakinan bahawa diri mu tidak akan sampai (wusyul) kepada Hadrat Allah SWT, kecuali sesudah memfana'kan wujud diri mu (mati sebelum mati tabii), dan menghapuskan segala persepsi (prasangka) mu (keAKUan diri), maka kamu tidak akan sampai (wusyul) kepada Hadrat Allah SWT selama²nya.

Akan tetapi, jika Allah Ta'ala Maha berkehendak untuk menyampaikan diri mu itu kepada Nya, maka Allah SWT akan menutupi sifat² mu (Mazmumah) dan digantikan dengan sifat² Mahmudah (sifat² terpuji). Dan Allah Ta'ala akan menutupi sifat² mu yang dhaif, jahil dan lemah itu, dan dalam masa yang sama dibukakan oleh Nya Hijab Ainul Basyirah dan Mukasyafah tersebut.

Dikala itulah, Allah Ta'ala akan menyampaikan (wusyulkan) hakikat tubuh jasad, nyawa, jiwa dan roh mu kepada Nya atas sebab Allah Ta'ala sendiri menggunakan/mengurniakan sifat² Maha Berkehendak Nya kepada mu dan bukan sesuatu dari mu sebagai balasan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Dan apabila qalbu/hati sanubari seseorang itu telah sampai (wusyul) kepada Tuhan nya, maka Allah SWT akan menjadikan hamba Nya itu selalu memerlukan Nya (hanya bergantung kepada Allah Ta'ala semata²), mendekatkan diri kepada Nya (Majzub/Jazbah) serta memberikan kedudukan/maqam yang tinggi di sisi Nya".
(Syeikh Abdul Qadir Al Jilani).

Rahasia tentang Aku (Allah Ta'ala), hanya Aku sendiri yang membukanya. Manusia (serta Jin, Malaikat, Iblis, Dajjal dan lain²) sesekali tidak akan mampu untuk mengenal Ku (Ma'rifatullah) apatah lagi untuk menghuraikannya.


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan