Wafatmya Ulamak


Wafatmya Ulamak
Dekad 30an adalah waktu yang paling menyedihkan buat ummah khususnya di Tanah Melayu apabila kebanyakkan alim ulama' besar negara kita meninggal dunia pada dekad ini termasuk Tok Kenali dan Tuan Hussien Kedah al-Banjari.
Pada tahun 1930, ulama besar asal Bogor, Indonesia yang menjadi guru besar di Mekah telah meninggal dunia. Beliau ialah Syeikh Mukhtar Attarid Bogor. Dibawah asuhannya, beribu anak murid berjaya dididik termasuk dari mereka yang berasal dari bangsa Arab.
Pada tahun 1935, 3 wali Allah bumi Kelantan meninggal dunia dalam tahun yang sama iaitu :
1. Tok Selehor - 20 Februari 1935
2. Tok Padang Jelapang - 4 Mei 1935
3. Tok Seridik - 11 Disember 1935
Di Kedah pula, 3 ulama' besar Kedah meninggalkan kita pada tahun 1932. Iaitu :
1. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong, Pengasas Pondok Kemelong, Sik - 23 April 1932
2. Tuan Guru Haji Said Umar, Pengarang Kitab Tafsir Nurul Ehsan
3. Tuan Guru Haji Hussin Bin Hassan, Pengasas Pondok Titi Besi, Alor Setar
Pemergian mereka menghadap ilahi adalah suatu kehilangan besar buat masyarakat. Hilang permata ilmu seorang demi seorang.
Disini al-Faqir senaraikan 32 tokoh ulama' besar Alam Melayu yang wafat pada dekad 30an mengikut tahun wafatnya.
1. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor (W.1930)
2. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong (W.1932)
3. Syeikh Mohammad Nor al-Kholidi, Sungai Cincin (W.1932)
4. Tuan Guru Haji Hussin Titi Besi (W.1932)
5. Habib Hassan al-Attas (W.1932)
6. Tuan Guru Haji Said Umar, Tafsir Nurul Ehsan (W.1932)
7.Tok Kenali (W.1933)
8. Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi (W.1933)
9. Syeikh Zainuddin Sarawak (W.1933)
10. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Tua (W.1933)
11. Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang (W.1934)
12. Syeikh al-Hadi (W.1934)
13. Tok Kemuning Muda (W.1934)
14. Tuan Guru Pak Chu Yeh Tok Raja Haji Patani (W.1935)
15. Tok Selehor (W.1935)
16. Tok Padang Jelapang (W.1935)
17. Tok Seridik (1935)
18. Syeikhul Islam Kedah Syeikh Wan Sulaiman (W.1935)
19. Syeikh Sayyid Muhsin al-Masawi (W.1935)
20. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bin Mufti Wan Musa (W.1935)
21. Syeikh Haji Umar al-Kholidi (W.1936)
22. Tuan Hussien Kedah al-Banjari (W.1936)
23. Tok Kemuning Tua (W.1936)
24. Pak Chik Daud al-Fathani @ Syeikh Wan Daud (W.1936)
25. Tuan Guru Haji Omar Merbok (W.1938)
26. Sultan Sulaiman Shah Selangor (W.1938)
27. Tuan Guru Qadhi Haji Abu Bakar Muar (W.1938)
28. Datuk Laksamana Haji Muhammad (W.1939)
29. Tok Jerulong (W.1939)
30. Imam Mursyidi Sarawak (W.1939)
31. Syeikh Abdul Lathif Thambi (W.1939)
32. Mufti Haji Wan Musa (W.1939)
Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi ulama' yang wafat sampai bila² tiada pengganti.
Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada sekalian tok² guru kita yang telah pergi menghadap ilahi. Moga kita bangkit di Padang Mahsyar kelak duduk di belakang mereka, dibawah panji kebenaran. Amin
( Sumber Oleh : Tengku Yusuff / Wafatmya Ulamak )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan