SIRRUL ASRAR




SIRRUL ASRAR M/S 67/68
* FASAL 6 *
( Ilmu Tasauf )
Tasauf terdiri dari empat huruf, iaitu Ta'-Shad-Waw-Fa'. Huruf Ta' diambil dari taubat. Taubat terbagi dua, iaitu taubat zahir dan taubat batin. Taubat zahir adalah manusia kembali dengan seluruh badan lahiriyahnya dari dosa dan sifat tercela kepada ta'at, dan dari menentang perintah kepada taat dalam perkataan maupun perbuatan. Adapun taubat batiniyah ialah manusia meningkatkan diri dari ta'at terhadap aturan meningkat kepada pembersihan hati. Bila telah berhasil menggantikan sifat tercela dengan sifat terpuji, maka seorang salik telah mencapai huruf Ta'.
Huruf 'shad' diambil dari lafaz 'Shafa 'un' yang ertinya bersih. Bersih terbahagi dua, bersih hati dan bersih rasa. Bersih hati ialah seorang 'salik' membersihkan hatinya dari kekotoran manusia (sifat basyhariyah) seperti syahwat-syahwat yang didorong oleh hati, contohnya : banyak makan, minum, tidur dan berbicara; menyenangi benda dunia, seperti usaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan; juga berlebihan dalam mencintai anak-anak dan keluarga. Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini hanya dapat dihasilkan dengan tetap melaksanakan zikrullah melalui talqin. Zikir jahar berlaku bagi mubtadi dan matinya sampai kepada tingkat khafiyyah.
Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka".
Yakni mereka takut kepada Allah. Rasa takut kepada Allah hanya akan tumbuh di dalam hati bila hatinya telah terbangun dari lupa dan hati yang telah dibersihkan. Bila hati telah dibersihkan, maka akan terukir di dalam hati gambaran ghaib dari kebaikkan maupun keburukan.
Nabi bersabda :
"Orang alim mengukur sedangkan orang arif membersihkan".
Adapun bersih rasa ialah dengan menjauhi segala sesuatu selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lisan rasa di dalam rasa. Bila sifat ini telah tercapai, maka salik bererti mencapai maqam huruf 'Shad'.

SIRRUL ASRAR
oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
PENTERJEMAHAN
oleh K. H. Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab.

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan