Mengenal Diri " ______________
Analogi Menarik Armarhum Tuan Guru Nik Aziz lebih kurang begini:
.
" Hanya Allah SWT lebih mengenal manusia, Tiada manusia lebih kenal diri manusia... "
.
Umpama Kueh. Kita pemakan kueh walau betapa seronoknya kita makan kueh, merasa, kita melihat, kita membau, kita memegang, gunakan '5 Pancaindera'(5 Senses-semua ilmu alam bergantung pada ini) kita, belum tentu kita tahu macamana betul-betul nak buat kueh yang sama.
.
Para-pengkaji jua belum tentu tahu macamana betul-betul nak buat kueh yang sama.
.
'Tukang buat kueh' itulah lebih tahu membuat kueh itu. Ramuannya; garam berapa, gula berapa, tepung berapa. Jika perkara semudah ini, didalam capaian kita secara keseluruhan kueh pun tidak tahu sebenar-benarnya.
.
Bagaimana pula diri kita & alam-raya yang jauh lebih kompleks?
.
Tiada manusia mengenal manusia. Tukang buat manusialah Maha Mengetahui manusia.
Tiada manusia mengenal alam-raya. Tukang buat Alam-rayalah Maha Mengetahui Alam-raya.
.
Manusia hanya akan tahu apa yang Dia Mahu bagi tahu.
.
Allah SWT lah lebih mengenal manusia. Kerana Dia yang mencipta kita semua. Apa yang Allah SWT tentukan Dialah lebih mengetahui.
.
Kesimpulannya manusia perlu diturunkan 'recipe', iaitu Firman-Nya Kalamullah Al-Quran Al-Kareem. Tanpa diturunkannya, nescaya kita tidak mampu mengapai kebenaran, tidak tahu jalan kebenaran, tetapi hanya berdasarkan sangka-sangkaan.
.
Tuhan lebih mengenali kita; atas sebab itulah kita adalah orang ISLAM:
.
"Orang-orang Yang Berserah Diri.".
.
*Fikirkan logikkah kalangan Makrifat(yang tersimpang) mendakwa Mengenali Dirinya? Atau sangka -sangkaan?
.
Ilmu mengenal diri yang mengangkat 'diri(Tuhan)' bukan pula 'Berserah-diri(ISLAM)' iaitu HAMBA. Adakah kelihatan selari dengan makna ISLAM?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Alhamdulillah terjumpa Nukilan saya di blog ni.
BalasPadamBoleh ikut penulisan saya di fb yea, cari fb: Fardhil Azri