Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara


Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara
Imam Ahmad ibn Idris r.a merupakan satu-satunya pengasas serta Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah. Tarekat ini telah sempurna diterima di tangan beliau tanpa ada campur tangan daripada mana-mana individu selepasnya yang layak untuk mengubah atau menokok tambah manhaj dan amalan tarekat ini . Keseluruhan manhaj dan amalan tarekat telah lengkap dan sama sekali tidak memerlukan kepada sebarang penambahan atau pengurangan pada mana-mana bahagian khususnya bagi aurad dan ahzab yang diperkenalkan.
Sekalipun Imam Ahmad ibn Idris r.a memiliki kekayaan ilmu tetapi itu bukanlah penanda aras atau tiket yang melayakkan beliau untuk melakukan perubahan terhadap tarekat ini. Beliau memandang perbuatan melakukan perubahan atau penambahan terhadap manhaj dan amalan tarekat ini sebagai suatu kesalahan jenayah yang boleh merosakkan keaslian tarekat ini dan juga manhajnya.
Justeru atas kepentingan ini, pihak Masyyakhah menyeru kepada seluruh ikhwan Tarekat Ahmadiah Muhammadiah di timur dan barat, tanpa mengira bangsa dan warna kulit agar berpegang teguh dengan keaslian tarekat ini tanpa sewenang-wenangnya mengubah atau berkompromi dengan pihak-pihak yang telah melakukan perubahan terhadap kesempurnaan tarekat mulia ini.
Siapa kita yang hendak mengubah sama ada menokok tambah atau mengurangkan apa yang terkandung dalam tarekat ini berbanding pengasasnya Imam Ahmad ibn Idris r.a?!
Jika ada pihak yang telah atau berhasrat untuk mengubah, mengurang atau menokok tambahnya, maka hendaklah mereka menyandarkan amalan tersebut kepada pengubahnya dan bukan kepada Imam Ahmad ibn Idris r.a atau Tarekat Ahmadiah Muhammadiah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan