Kekufuran Tokoh Sufi Ibnu 'Arabi.


Kekufuran Tokoh Sufi Ibnu 'Arabi. 

Oleh: Syaikh Abu Fairuz Abdurrahman Al-Indunisi.

"Tentang Ibnu 'Arabi, para ulama di zamannya dan yang setelah itu telah sepakat (ijma') bahawa dia (Ibnu 'Arabi) telah murtad dan kafir. Bahkan, para ulama Sufiyyah di zaman itu pun turut mengkafirkannya kerana ucapannya yang mengaku bahawa dirinya adalah Allah. Dia juga mengucapkan: "Maha Suci Aku, Maha Suci Aku". Dia juga mengucapkan: "Tidak ada di dalam jubah ini kecuali Allah"
Disebutkan oleh Syaikhul Islam, bahawa sememangnya ada sebahagian orang yang berusaha untuk memberi uzur kepada Ibnu 'Arabi, akan tetapi kata beliau, barangsiapa yang membaca buku-buku Ibnu 'Arabi seperti "Fusus Al-Hikam" atau "Futuhat Makkiyyah" dan beberapa buku yang yang lain lagi -dalam keadaan jujur- maka pasti dia akan mendapati di dalamnya penuh dengan kekufuran dan tidak layak untuk dia (Ibnu 'Arabi) diberikan uzur. Di dalam buku-bukunya itu penuh dengan syair-syair kekufuran.
Oleh sebab itu, Al-Imam Burhanudin al Biqa'i -rahimahullah-, telah menulis sebuah kitab yang berjudul "Masra' Al-Tasawwuf" dan beliau sebutkan di dalam kitab tersebut fatwa para ulama tentang kafirnya Ibnu 'Arabi, Ibnu Faridh dan Ibnu Sab'in. Beliau juga menukilkan perkataan Al-Imam As-Shabuni yang turut mengkafirkan Ibnu 'Arabi dan mengatakan bahawa seluruh ulama yang beliau jumpa, telah mengkafirkannya kerana dia adalah tukang sihir dan mengaku sebagai sesembahan. Bahkan dalam rangka untuk menampakkan karamahnya, dia tidak malu untuk mendatangkan jin dan sebagainya. Sementara orang-orang jahil menyangka bahawa ini adalah karamah padahal yang sebenarnya dia bekerjasama dengan syaitan.
Para fuqaha di zamannya sendiri telah berfatwa bahawa dia adalah kafir dan meminta agar para penguasa memeriksa dirinya. Setelah diperiksa, para fuqaha semuanya sepakat bahawa orang ini telah kafir. Dia diminta untuk bertaubat tetapi enggan lalu dia dihukum mati.
Maka, orang yang berusaha untuk membelanya boleh jadi orang tersebut jahil atau memang dia satu akidah dengan Ibnu 'Arabi. Adapun Ibnul 'Arabi (ابن العربي) maka beliau adalah ulama besar bermazhab Maliki. Begitu juga Ibnul A'rabi (ابن الأعرابي), beliau adalah salah seorang imam dan ahli Nahu. Yang bermasalah adalah Ibnu 'Arabi (ابن عربي), seorang zindiq dan mulhid.
Tidak ada gunanya untuk orang ini dipertahankan dan dibela kerana memang dia sendiri telah mengakui bahawa dirinya adalah Allah, mendakwa bahawa tidak ada orang yang mukallaf (dibebankan dengan syariat), mendakwa bahawa tuhan adalah hamba dan hamba adalah tuhan dengan ucapannya "Saya tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya mukallaf kerana saya adalah tuhan", "mengapa saya perlu solat" dan banyak lagi kebatilannya. Ibnu Hajar juga turut mengkafirkannya.
Para ulama bermazhab Syafi'i sendiri ramai yang mengkafirkan Ibnu 'Arabi maka tidak ada gunanya untuk orang-orang sekarang mempertahankan dan membela dia. Memang sekarang ini usaha-usaha untuk membela dan mempertahankannya telah banyak, baik itu di Indonesia, di Mesir, di Turki dan sebagainya bahkan sampai dibuat filem mengagungkan Ibnu 'Arabi.
Kalau musuh-musuh Allah dari kalangan Sufiyyah saja aktif untuk membela dan mempertahankan taghut mereka, seharusnya kaum muslimin yang masih baik fitrahnya terutamanya Ahli Sunnah Wal Jama'ah lebih bersemangat lagi untuk terus rajin menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sedikit demi sedikit. Janganlah kita bersikap malas sementara para musuh bersemangat di atas jalan syaitan. Kita di jalan Allah, seharusnya lebih bersemangat lagi, tidak terfitnah dengan dunia, tertipu dengan dunia lalu lalai daripada tugas yang telah Allah bebankan ke atas kita.
Wallahu a'lam, Walhamdulillahi Rabbil Alamin."
Sumber: https://t.me/dars_syaikh_abu_fairuz/1125
Olahan dan suntingan ke bahasa melayu oleh: Abu Ahmad Wan Shahir
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan