·
KASIH SAYYID MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI TERHADAP KELUARGA IMAM AHMAD IBN IDRIS DAN KEDUDUKAN MEREKA
Antara peristiwa yang menunjukkan kasih Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a terhadap zuriat gurunya, Imam Ahmad ibn Idris r.a dan kedudukan keluarga Imam Ahmad ibn Idris r.a ialah sepertimana kisah di bawah.
Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a menghikayatkan melalui waridatnya:
Ketika Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a mengharapkan kebaikan bagi anak-anak dan keluarga Imam Ahmad ibn Idris r.a, Rasulullah ï·º bertanya kepada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a: “Adakah kamu memohon kebaikan bagi ahli keluarga, isteri-isteri dan zuriat saya? Adakah kamu lebih menginginkan kebaikan bagi mereka daripada kebaikan bagi saya?!”
Maka Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a menjawab: “Bukan begitu, wahai Rasulullah. Bahkan, tuan lebih utama daripada kami dan daripada dirinya jika dibandingkan dengan diri-diri kami. Akan tetapi saya suka mereka mendapat apa yang saya suka untuk diri saya.”
Maka Rasulullah ï·º bersabda sambil tersenyum setelah Baginda ï·º kelihatan seakan-akan marah sebelumnya: “Lihatlah mereka.”
Maka saya melihat mereka berada di sisi kanan Rasulullah ï·º di atas bukit daripada cahaya. Cahaya-cahaya tersebut menyelubungi mereka berserta pakaian dan perhiasan yang terlalu cantik. Keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak fikiran manusia.
Kemudian, Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a menyebut: “Rasulullah ï·º tidak menyebut nama putera-putera Sayyiduna al Syifa (Imam Ahmad ibn Idris) r.a melainkan Baginda ï·º menyebutnya antara nama-nama putera-putera Baginda ï·º. Baginda ï·º tidak menyebut nama puteri-puteri Imam Ahmad ibn Idris r.a melainkan Baginda ï·º menyebutnya antara nama-nama puteri-puteri Baginda ï·º. Baginda ï·º tidak menyebut nama isteri-isteri Imam Ahmad ibn Idris r.a melainkan Baginda ï·º menyebutnya antara nama-nama isteri-isteri Baginda ï·º, seolah-olah Baginda ï·º mengisyaratkan kepada kesatuan sepenuhnya di antara diri Baginda ï·º dan Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. Bahkan, terdapat nama-nama yang diucapkan tersebut tidak saya kenali kerana mereka belum dilahirkan ke bumi seperti Sayyid Muhammad dan Sayyid Tayyib yang masih berada di alam ruh.
Lama-kelamaan cahaya yang mengelilingi mereka bertambah terang dan berkilauan sehingga melemahkan akal saya untuk melihatnya dan ia mengeluarkan mereka daripada alam nyata.
Ketika kekuatan kilauan cahaya yang terang-benderang tersebut mengalahkan pandangan mata saya, Rasulullah ï·º mengisyaratkan dengan tangannya yang mulia ke arah mereka. Lalu terbinalah sebuah tembok berwarna hijau yang memisahkan di antara saya dan mereka sehingga saya tidak dapat melihat sesuatu pun di belakangnya selepas itu.”
Sempena memperingati Haul Imam Abdul 'Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a, pihak Masyyakhah Tarekat Muhammadiah Ahmadiah memperkenalkan kepada para ikhwan putera-putera beliau.
Mereka ialah cucu-cucu Imam Ahmad ibn Idris r.a yang berkembang di Ziniyyah Mesir. Manakala cucu-cucu Imam Ahmad ibn Idris r.a melalui puteranya Sayyid Muhammad Ghauth al Idrisi berkembang di Hijaz dan masih wujud sehingga ke hari ini. Ini sekali gus menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Imam Ahmad ibn Idris r.a tidak meninggalkan zuriat.
Putera-putera ini adalah antara pewaris sebenar Tarekat Muhammadiah Ahmadiah.
Mereka merupakan tokoh ulama’ dan umara’ yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi pada zaman tersebut. Antaranya ialah Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi r.a dan Sayyid al Ma’mun al Idrisi r.a yang merupakan tokoh ulama’ terkemuka. Manakala Sayyid Mustafa al Idrisi r.a dan Sayyid al ‘Arabi al Idrisi r.a merupakan menteri-menteri kanan dalam kerajaan Adarisah di Sabya, Yaman.
Nyatalah mereka adalah tokoh-tokoh dalam urusan dunia dan agama yang menghimpunkan ilmu dan makrifat dari lingkungan tarbiah ayahanda dan nenda mereka yang mulia.
Perjuangan dan pengorbanan mereka telah menatijahkan kelestarian legasi Imam Ahmad ibn Idris r.a sehingga kita dapat mengecapi Tarekat dan Manhaj Imam Ahmad ibn Idris r.a yang tulen pada hari ini.
Semoga Allah merahmati mereka dan menghimpunkan kita bersama mereka serta mengurniakan keikhlasan mereka kepada kita dalam menjalani tarekat nenda mereka Imam Ahmad ibn Idris r.a.
IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI رضي الله عنه MERUPAKAN SALINAN TULEN IMAM AHMAD IBN IDRIS رضي الله عنه,
MANAKALA IMAM ABDUL ‘AALI IBN AHMAD IBN IDRIS رضي الله عنهما MERUPAKAN
SALINAN TULEN IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI رضي الله عنه
MANAKALA IMAM ABDUL ‘AALI IBN AHMAD IBN IDRIS رضي الله عنهما MERUPAKAN
SALINAN TULEN IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI رضي الله عنه
BUKTI HUBUNGAN DAN KASIH YANG ERAT ANTARA IMAM ABDUL 'AAL IBN AHMAD IBN IDRIS رضي الله عنه DAN KHALIFAH TUNGGAL AYAHANDANYA IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI رضي الله عنه MELALUI PERSAMAAN PADA COP RASMI.
0 comments:
Catat Ulasan