TvTarekat | Tazkirah Puasa Hakikat oleh Sheikh Aleey Abdul Qadir




RAHSIA PUASA

Jika ditilik dengan cermat, siang atau malam itu hanyalah istilah bagi menggambar keadaan BUMI dengan CAHAYA MATAHARI.
Bilamana BUMI menerima pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami SIANG
Bilamana BUMI tanpa pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami MALAM
Jadi jika situasi diatas dibawa kepada DIRI, maka dapatlah dikiaskan seperti berikut :
BUMI itu adalah kiasan kepada JASAD
CAHAYA MATAHARI itu adalah kiasan kepada ROH
SIANG itu adalah kiasan kepada HIDUP @ KEHIDUPAN (Jasad bersama Roh)
MALAM itu adalah kiasan kpd MATI @ KEMATIAN (Jasad tanpa Roh)
PUASA itu adalah kiasan kepada proses mengenal diri-mengenal allah
Maka dari kiasan diatas dapatlah ditafsirkan bahawa rahsia atau maksud difardhukan puasa pada siang hari itu ialah…
“ MENGENAL DIRI (Puasa) difardhukan pada setiap manusia yang masih HIDUP (Siang) sebelum datangnya MATI (Malam) “
Maksudnya, setiap manusia yang masih hidup perlu mengenal diri dan mengenal allah sebelum datangnya kematian.

#2 – APAKAH YANG SEBENAR DICARI DI DALAM PUASA

Kita sedia maklum, didalam bulan Ramadhan adanya Lailatulqadar , maka lailatulqadar inilah yang dicari didalam puasa. Jika Lailatulqadar itu dibawa kepada DIRI maka yang dicari di dalam puasa adalah mencari yang sebenar-benar HIDUP dan sebenar-benar WUJUD
Bagaimanakah caranya….??
Baiklah…begini caranya mencari yang sebenar-benar HIDUP, yang sebenar-benar WUJUD…
Semasa didalam alam rahim dan sebelum dilahirkan ke alam syahadah @ alam dunia, Allah swt telah meniupkan atau menyatukan ROH kedalam JASAD maka terciptalah MANUSIA.
Setelah dilahirkan ke alam syahadah atau alam dunia, MANUSIA akan dikepilkan atau dibekalkan dengan satu sifat yang dipanggil AKU atau KEAKUAN.
Maka semasa manusia masih HIDUP, sifat KEAKUAN ini perlu dileburkan sebelum datangnya MATI.
Proses meleburkan sifat keAKUan ini dinamakan PUASA atau Mati Sebelum Mati.
Seperti kita sedia maklum, setiap manusia dilahirkan dengan penzahiran 7 sifat maani iaitu :
SAMAK, BASAR, KALAM, QUDRAT, IRADAT, HAYAT, ILMU
Semenjak dari lahir, 7 sifat maani ini akan sentiasa terzahir selagi manusia masih hidup.
Share on Google Plus

About TvTarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan