TvTarekat | FIQIH DAN TASAWUF WANITA MUSLIMAH



Sebuah Buku Panduan Bagi Para Muslimah Untuk Kesempurnaan Ibadah


Judul asal: Tadzkiratul Hadhramiyah Fima Yajibu 'Alan Nisa-i Umuriddiniyah. 
Karya Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz (Ayahanda Al-Habib Umar Bin Hafidz)

Baginda Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa dikehendaki oleh Allah SWT akan diberikannya kebajikan dan keutamaan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman yang mendalam (kefakihan) dalam urusan agama" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Buku ini merupakan sebuah buku yang membahas mengenai ilmu fiqih yang dibalut dengan tasawuf. Buku ini merupakan sebuah karya dari seorang ulama besar di zamannya yang berasal dari Kota Tarim, Hadramaut, beliau adalah Al-'Allamah Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz Bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, ayah kepada Al-Habib Umar bin Hafidz pengasuh Darr Musthafa, Tarim Hadramaut. 

Kitab ini berisi tentang penjelasan dasar-dasar hukum fiqih yang berkaitan dengan permasalahan kehidupan wanita, yang ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah dicerna. 

Hendaknya para wanita menjadikannya buku ini sebagai pedoman dalam mengetahui tetang hukum fiqah kerana fiqah ini merupakan pintu utama untuk memasuki pintu agama setelah kita mengetahui tentang ilmu tauhid.

Habib Umar bin Hafidz pernah mengisahkan bahawa setelah ayahnya, Al-Allamah Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz selesai menyusun kitab ini, beliau lalu mengajarkannya kepada sang isteri untuk diajarkan lagi kepada wanita-wanita di kota Tarim.

Bila isterinya sedang membuka majlis kitab ini, maka beliau akan naik ke atas rumah yang masih tanpa atap, dan menunggu di bawah terik matahari hingga selesai majlis. Demikian tulusnya beliau dalam menyusun kitab yang sangat penting dimiliki wanita Muslimah ini.

Kitab berjudul lengkap Tadzkiratul Hadhramiyah Fima Yajibu 'Alan Nisa-i Umuriddiniyah ini merupakan kitab yang begitu istimewa kerana tidak hanya mengandungi tuntunan ibadah secara zahir sahaja, sebagaimana yang umum dikenali dengan ilmu Fiqih. Namun juga dipadukan dengan ilmu hati (Tasawuf) sekaligus, sehingga kesempurnaan ibadah boleh mudah tercapai apabila ibadah lzahir selalu selaras dengan ibadah hati

 ________________________

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://layartemirbookstore.wasap.my

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online 
👉https://telegram.me/layarTemirBookstore
Share on Google Plus

About Loonaq Records

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan