KUBUR HABIB NOH
Sudah banyak amalan khurafat, tahyul dan sesat semakin ditinggalkan oleh orang Melayu.
Tetapi dengan datangnya fenomena Habib Qasidah dari Indonesia dan Yaman, menyemarakkan semula amalan amalan tersebut.
Antaranya; mengagungkan kuburan, memohon hajat di kubur, membina kuburan dengan penuh gah dan melakukan upacara haul.
Lihat sahaja kubur Habib Noh di Palmer Road, Singapura.
Golongan sufi dari serata dunia datang ke kubur ini untuk melakukan upacara haul dan memohon hajat (memuja kubur).
Selain Habib Syech dan anak anak murid yang pernah belajar di institusi dibawah Habib Umar di Hadramaut, Yaman, turut menziarahi adalah Nazim Haqqani, tokoh Tarekat Naqshabandiah Aliyyah yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat; juga pernah datang ke kubur Habib Noh dari Cyprus, Eropah.
"Tolonglah, tolonglah kami wahai Habib Noh, kami datang dari jauh" (antara dialognya)
Ziarah Kubur Jangan Di ertikan Sebagai Menyembah Kubur!
Saya telah mendapat sebuah kiriman whatapps daripada seorang teman yang mempunyai “semangat” yang tinggi di dalam membela dan mengkaji “Tarikh dan Asanid” para Habaib di “Hadramaut dan Tanah Melayu”. Beliau hfz meminta kepada saya untuk menulis sedikit sebanyak berkaitan tomahan “Sembah Kubur” yang di lemparkan kepada para Habaib ketika ini.
Walaupun pada asalnya saya tidak berminat untuk menjawap mahupun menulis isu-isu yang di bangkitkan oleh golongan yang membenci para Habaib, namun ketika melihat di media social saya tidak menemukan seseorang yang menjawapnya dengan jawapan yang menenangkan saya, maka saya menyahut permintaan yang berupa “Iltimasan” di antara satu sama lain itu, sebagai mencontohi kepada “Akhlak dan Budaya” Salasilah Guru-guru kami di kalangan para Habaib dan Masyaikh di Hadramaut yang mana mereka itu ketika di minta berkongsi faedah maka terus-terusan mereka menyahutnya dengan beranggapan bahawa faedah tadi bukan miliknya, bahkan milik Allah swt.
Perlu kita tahu bahawa di dalam membahaskan permasalahan menyembah kubur ini ianya merangkumi perbahasan “I’tiqodi” atau kata lain ialah “Kepercayaan”, yang tidak nampak dek mata, kerana ianya melibatkan perasaan dan keyakinan seseorang. Sebab itu lah kita perlu berhati-hati di dalam melemparkan sesebuah tuduhan. Tuduhan kepada para habaib bahawa mereka menyembah kubur adalah sebuah tuduhan yang besar dan tersangat berbahaya, kerana ianya melibatkan sebuah fahaman dan perbuatan “Mengkafirkan Seseorang Muslim”.
Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haithami radiyallahu ‘Anhu, di dalam kitabnya “Al-I’lam Bi Qawathi’i Al-Islam”, ada menyebutkan Hukum di dalam menggelar seseorang muslim sebagai seorang yang “Kafir”;
"فنقول: عبارة الرافعي في العزيز نقلا عن التتمة: و أنه إذا قال لمسلم "يا كافر" بلا تأويل كفر لأنه سمى الإسلام كفرا، وقد صح عنه صلى الله عليه وسلم قال: إذا قال الرجل لأخيه: يا كافر!! فقد باء بها أحدهما. و الذي رماه به مسلم فيكون هو كافرا."
“Maka kami katakan: Ibarah Ar-Raf’ie di dalam Al-Aziz di naqalkan daripada At-Tatimmah: dan sesungguhnya sekiranya seseorang itu telah berkata kepada seorang Muslim, “Wahai Kafir”, dengan tanpa ta’wilan, seseorang tadi telah menjadi kafir kerana dia telah menggelar Keislaman sebagai kekafiran. Dan telah sohih daripada Rasulullah saw, Baginda saw telah bersabda: Sekiranya seseorang laki-laki berkata kepada saudaranya: Wahai Kafir!! Maka dia telah kembali dengan perkataannya tadi kepada salah satu daripada dua perkara tadi (Sama ada Islam sekiranya benar perkataannya, atau menjadi kafir sekiranya saudaranya itu sebaliknya). Dan tuduhannya yang di lemparkan kepada seorang muslim itu maka dengan tuduhannya itu, dia telah menjadi seorang yang kafir.”

Al-Imam An-Nawawi ra juga berpendapat seperti itu di dalam kitabnya “Ar-Raudah”, dan Ibarahnya:
"قال المتولي: و لو قال لمسلم يا كافربلا تأويل كفر لأنه سمى الإسلام كفرا."
“Telah berkata Al-Mutawali: dan sekiranya seseorang (muslim) telah berkata kepada seorang muslim “Wahai Kafir” dengan tanpa ta’wilan telah menjadi kufur, kerana dia telah menggelar Keislaman itu sebagai kekafiran.”

Juga ramai daripada Para Ulama’ yang bersepakat seperti itu di kalangan para Muta’akhirun, seperti Ibnu Ar-Rif’ah, Al-Qamuliy, dan Al-Isnawi, dan Al-Azra’ie, dan juga Abu Zar’ah bahkan ramai sekali daripada mereka seperti Al-Imam Abu Ishak Al-Isfirayaini, Al Hulaimiy, Asy Sheikh Nasr Al Maqdisiy, begitu juga Al Imam Al Ghazali dan Ibnu Daqiq Al 'Aid radiyallahu 'Anhum juga berpendapat seperti itu.
Bahkan Qodiyyah bagi perkataan mereka itu berkata Al Imam Ibnu Hajar Al Haithami ra,
"Tiada beza (hukumnya) sama ada si penggelar tadi mentakwilkan nya ataupun tidak."
Maka dengan itu jangan mudah-mudah menggelar seseorang dengan gelaran kafir atau yang semakna dengannya. Kerana bahaya nya itu membalik kepada diri sendiri sekiranya tuduhan tadi tidak benar. Kita tidak boleh dengan mudah-mudah menghukum sesuatu perkara yang berupa I’tiqodi dengan tanpa bukti yang jelas. Bahkan perlu untuk bertabayyun dengan bertanya kepada tuan badan terlebih dahulu sekiranya kita berada di dalam situasi seperti ini.
Apa yang di lakukan para Habaib seperti yang tertular di media social masakini adalah perbuatan menziarahi kubur yang mana ianya sendiri merupakan sebuah tuntutan di dalam agama Islam. Dan bukanlah menyembah kubur seperti di dakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bahkan Menziarahi Kubur itu merupakan sesuatu yang di syariatkan secara Ittifaq Ummah. Dan berziarah kepada kubur bagi lelaki itu adalah merupakan sesuatu yang mustahabbah(sunnat) secara ittifaq ulama’.
Manakala menziarahi kubur bagi wanita pula merupakan sesuatu yang mustahabbah (sunat) di sisi Mazhab Hanafiyyah dan merupakan sesuatu yang “Harus” hukumnya di sisi Jumhur Ulama’ namun begitu keharusan tadi adalah berserta dengan “Hukum Makruh”, hal ini kerana hati para wanita itu lebih lembut dan kadangkala mereka tidak mampu bersabar di dalam menahan hati mereka daripada rasa kesedihan. Berbeza dengan para lelaki yang mana hati mereka itu kuat dan teguh ketika menghadapi sesuatu perkara yang menyedihkan.
Baginda Besar Nabi Muhammad saw pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang menjadi dalil dan sandaran bahawa berziarah kepada kubur itu adalah sesuatu yang mustahhab(sunat), iaitu Baginda Rasulullah saw bersabda;
"إني كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها، فإنها تذكركم الآخرة"
“Sesungguhnya aku pernah melarang kalian menziarahi Kubur, maka (sekarang) ziarah lah kalian akannya, kerana sesungguhnya ianya mengingatkan kalian terhadap Akhirat.”

Hadis ini di riwayat oleh Al Imam Ahmad di dalam Musnadnya, dan begitu juga lafaz sepertinya yang di riwayatkan oleh Al Imam Muslim di dalam sohihnya. Juga di riwayatkan oleh Al-Imam Abi Daud, dan Al-Imam At-Tirmidzi. Hadis ini di riwayatkan juga oleh Al-Imam An-Nasa’ie, serta Al-Imam Ibnu Majah di dalam Sunan-sunan mereka radiyallahu ‘Anhum ‘Ajma’in.
Oleh itu secara tidak langsung berziarah ke kuburan para muslimin itu adalah sebuah tuntutan oleh syariat, bahkan perlu di fahami bahawa ianya bukan sesuatu yang haram. Perintah Nabi saw di dalam hadis ini adalah terkandung berziarah ke Kuburan Para Muslimin, maka perlu di fahami andai sahaja berziarah kepada Kubur Para Muslimin yang Awamnya sahaja sudah merupakan sebuah tuntutan, maka bagaimana sekiranya seseorang itu berziarah kepada Kuburan Para Ulama’ dan Solehin?? Maka sudah pasti tuntutannya lebih lagi.
Timbul juga beberapa persoalan yang mengatakan bahawa Nabi saw tidak mengajarkan kepada “kita untuk berziarah kepada kubur.” Daripada manakah asal bagi perkataan yang seumpama ini??
Bukankah di telah di riwayatkan oleh Al-Imam Muslim radiyallahu ‘anhu di dalam Sohihnya yang Agung,
Daripada Abdillah bin Buraidah daripada ayahnya, daripada As-Sayyidah A’isyah radiyallahu ‘anha;
Daripada Abdillah bin Buraidah daripada ayahnya, daripada As-Sayyidah A’isyah radiyallahu ‘anha;
أنها قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم كلما كان ليلتها من رسول الله صلى الله عليه وسلم يخرج من آخر الليل إلى البقيع فيقول:
“Bahawasanya beliau radiyallahu ‘anha telah berkata, Rasulullah saw setiap menjelang malam giliranku, Rasulullah saw akan keluar pada pengakhiran malam ke perkuburan Al-Baqi’, Kemudian Baginda saw mengucapkan;
"السلام عليكم دار قوم مؤمنين و أتاكم ما توعدون غدا مؤجلون و إنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد"
“Salam sejahtera kepada kalian (penghuni) kediaman kaum mukminin, dan telah datang kepada kalian apa yang telah di janjikan Allah kepada kalian, dan kalian akan mendapatinya pada esok hari(hari kiamat), dan kami In Sha Allah akan menyusuli kalian. Ya Allah berikanlah keampunan buat Ahli Baqi’ Al-Gharqod”

Nabi saw sendiri sering berziarah kepada kuburan para muslimin, maka bagaimana boleh ada perkataan yang seperti ini? Bahkan Nabi saw sendiri mengajarkan kepada As-Sayyidah A’isyah radiyallahu ‘Anha bacaan ketika hendak berziarah ke kuburan para muslimin. Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Al-Imam Muslim ra, Nabi saw bersabda kepada As-Sayyidah A’isyah ra:
"قولي السلام على أهل الديار من المؤمنين و المسلمين و يرحم الله المستقدمين منا و المستأخرين و إنا إن شاء الله بكم اللاحقون".
“Katakanlah engkau (wahai A’isyah), Salam sejahtera buat penghuni kediaman ini daripada kalangan mukminin dan muslimin, dan Allah swt merahmati mereka-mereka yang terdahulu daripada kami, dan mereka-mereka yang terkemudian. Dan kami in sha Allah akan menyusuli kalian.”

Maka dengan riwayat-riwayat di atas tadi di ketahui bahawa Nabi saw juga berziarah ke kuburan para muslimin, bahkan mengajarkan kepada As-Sayyidah A’isyah radiyallahu ‘Anha tatacara berziarah ke Kuburan Para Muslimin.
Para Ulama’ Menganjurkan Ziarah Ke Kuburan Muslim:
Tidak ketinggalan juga di dalam perbahasan ini para Ulama’ dan A’immah Al-Muhaqqiqin di dalam meletakkan tatacara berziarah kepada Kuburan Para Muslimin. Al-Imam An-Nawawi ra di dalam Majmu’nya yang Agung, menaqalkan daripada Al-Hafidz Abu Musa Al-Asfahani ra, di dalam kitabnya Adabu Ziarati Al-Qubur;
"الزائر بالخيار، إن شاء زار قائما و إن شاء قعد كما يزور الرجل أخاه في الحياة. فربما جلس عنده و ربما زاره قائما أو مارا…"
“Para penziarah itu mempunyai pilihan, sama ada ingin berziarah di dalam keadaan berdiri, atau juga sama ada ingin berziarah di dalam keadaan duduk seperti mana seseorang lelaki menziarahi saudaranya ketika hidup. Kadangkala penziarah tadi duduk di sisi saudaranya, dan kadangkala penziarah tadi berziarah di dalam keadaan berdiri, atau juga dalam keadaan berjalan.”

Maka di ketahui di sini bahawa “Duduk di tepi Kuburan ketika menziarahi kubur” itu bukan sesuatu yang salah.
Dinaqalkan juga oleh Al-Imam Al-Khatib Asy-Syarbini ra di dalam kitabnya “Mughni Al-Muhtaj”, berkata Al-Qadhi Hussien ra;
“Hendaklah seseorang itu ketika berziarah ke kuburan di dalam keadaan Wudhuk.”
“Hendaklah seseorang itu ketika berziarah ke kuburan di dalam keadaan Wudhuk.”
Di dalam Majmu’ Syarah Muhazzab karangan Al-Imam An-Nawawi ra juga ada di sebutkan, daripada adab-adab dan tatacara berziarah itu;
"أن يدنو من قبر المزور بقدر ما كان يدنو من صاحبه لو كان حيا"
“Hendaklah seseorang itu mendekati sedikit daripada kubur yang di ziarahinya dengan kadar dekatnya dia kepada temannya sekiranya temannya itu hidup.”

Ini secara tidak langsung menjadi sandaran bahawa di antara adab-adab dan tatacara yang telah di gazetkan para A’immah Al-Muhaqqiqin itu adalah dengan mendekati Kubur yang di ziarahi tadi.
Mungkin sahaja akan timbul spekulasi negetif kepada para penziarah sekiranya seseorang tadi tidak mengkaji bagaimana adab yang di gazetkan para Ulama’ di dalam menziarahi kubur. Oleh itu jangan sesekali kita membuat spekulasi negetif ketika mana melihat penziarah mendekati Kubur, kerana ianya memang telah di sebutkan oleh para Ulama’.
Membaca Al-Qur’an di kuburan Muslimin bukan sesuatu amalan yang salah:
Telah di Naskan oleh Imam Besar Kita Asy-Syafi’e radiyallahu ‘Anhu, dan telah mendapat kesepakatan para Ashabu Asy-Syafi’e bahawa:
"و يستحب أن يقراء من القرآن ما تيسر و يدعو لهم عقبهم"
“Dan di sunatkan membaca Al-Qur’an dengan kadar apa yang mudah baginya ketika berziarah, serta berdoa setelah daripada bacaan Al-Qur’an itu.”
"و يستحب أن يقراء من القرآن ما تيسر و يدعو لهم عقبهم"
“Dan di sunatkan membaca Al-Qur’an dengan kadar apa yang mudah baginya ketika berziarah, serta berdoa setelah daripada bacaan Al-Qur’an itu.”
Mustajabnya doa di kuburan para Anbiya’ dan Solehin:
Telah berkata Al-Imam Ibnu Jazari radiyallahu ‘anhu:
"و جرب استجابة الدعاء عند القبور الصالحين بشروط معروفة"
“Dan telah menjadi sesuatu yang mujarab, akan mustajabnya doa di kuburan para solehin itu dengan syarat-syarat yang makruf.”
"و جرب استجابة الدعاء عند القبور الصالحين بشروط معروفة"
“Dan telah menjadi sesuatu yang mujarab, akan mustajabnya doa di kuburan para solehin itu dengan syarat-syarat yang makruf.”
Berkata Al-Hafidz Az-Dzahabi ketika menceritakan biografi As-Sayyidah An-Nafisah ra di dalam “Siyar A’lamu An Nubala’ “:
"كانت من الصالحات العوابد، و الدعاء مستجاب عند قبرها، بل عند قبور الأنبياء و الصالحين…"
“Bahawasanya Beliau ra tergolong dikalangan wanita yang solehah yang Abid, dan doa di kuburnya mustajab, bahkan (mustajabnya doa) di kuburan para anbiya’ dan solehin..”

Di dalam “Tarikh Baghdad” Al-Imam Al-Khatib Al-Baghdadi ra ada menceritakan sebuah kisah, yang di riwayatkan oleh beliau ra dengan sanadnya yang bersambung kepada Al-Imam Asy-Syafi’e ra, bahawa Al-Imam Asy-Syafi’e ra pernah berkata:
" إني لأتبرك بأبي حنيفة و أجي إلى قبره في كل يوم، يعني زائرا، فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين، و جئت الى قبره و سألت الله تعالى الحاجة عنده، فما تبعد عني حتى تقضى."
“Sesungguhnya aku bertabaruk dengan Abi Hanifah, dan aku datang ke kuburnya setiap hari, yakni berziarah, maka sekiranya aku mempunyai hajat, aku akan menunaikan solat dua raka’at, dan aku datang kepada kuburnya serta meminta kepada Allah swt hajatku tadi di samping kuburnya, maka tidaklah berlalu beberapa ketika melainkan telah di kabulkan hajatku tadi.”
Memadai daripada hujah-hujah di atas dalam membezakan ziarah kubur yang telah di ajarkan oleh Rasulullah saw dan para ulama’ kepada kita dengan tomahan menyembah kubur seperti yang di lemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap kepada para Habaib.
Adapun di dalam perbahasan ini masih berbaki satu permasalahan penting iaitu;
“Apakah boleh meletakkan Bunga-bungaan di kuburan??”
Telah menjadi adat kebiasaan orang melayu, dan rumpun nusantara di dalam meletakkan bunga-bungaan yang hidup dan segar di kuburan muslimin. Sebenarnya ianya bukanlah merupakan sesuatu yang patut di masaalahkan oleh kita. Hal ini kerana perbuatan ini sebenarnya warid daripada Nabi saw, dan di anjurkan oleh para A’immah kita di dalam Mazhab Asy-Syafi’e.
Berkata Al Imam Zainuddin bin Abdil Aziz Al-Malibari radiyallahu ‘Anhu, di dalam kitabnya yang sering menjadi rujukan Para penuntut ilmu dalam memahami Mazhab Asy-Syafi’e, iaitu “Fathul Mu’in”, beliau ra berkata:
"يسن وضع جريدة حضراء على القبر للإتباع، و لأنه يخفف عنه ببركة تسبيحها".
“Di sunnahkan meletakkan pelepah (tamar) yang hijau di atas kuburan, sebagai mencontohi (Nabi saw), dan kerana ianya meringankan (siksaan si mati) dengan berkat tasbihnya (tumbuhan tadi).”

Hal ini bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim radiyallahu ‘Anhuma di dalam kedua-dua “Sohih” mereka, daripada Ibnu Abbas ra, suatu ketika Nabi saw berjalan melewati dua kuburan yang mana penghuni nya sedang di seksa, maka Rasulullah saw bersabda:
"إنهما ليعذبان و ما يعذبان في كبير، أما أحدهما فكان لا يستتر من البول، و أما الآخر فكان يمشي بالنميمة"
“Sesungguhnya dua orang ini sedang di azab Allah swt, dan tidaklah mereka berdua di azab di sebabkan sebuah dosa besar, adapun salah satu daripada mereka, di azab kerana tidak bersuci dengan betul setelah membuang air kecil, dan adapun satu lagi adalah kerana sering melakukan namimah.”

Maka Nabi Besar kita saw mengambil sebuah pelepah tamar dan memotongnya kepada dua bahagian, kemudian mencacakkan kepada kedua-dua kubur berikut. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw perihal perbuatan Rasulullah saw berkenaan, Maka dijawab Rasulullah saw:
" لعله أن يخفف عنهما ما لم ييبسا "
“Semoga ianya meringankan kepada mereka berdua (seksaan) selagi mana kedua-dua (pelepah ini) belum mengering.”
“Semoga ianya meringankan kepada mereka berdua (seksaan) selagi mana kedua-dua (pelepah ini) belum mengering.”
Hal ini kerana tumbuhan lembab yang di letakkan tadi berdzikir kepada Allah swt. Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat 44:
"… و إن من شيء الا يسبح بحمده.."
“… Dan sesungguhnya tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujinya…”
"… و إن من شيء الا يسبح بحمده.."
“… Dan sesungguhnya tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujinya…”
Adapun makna bagi firman Allah swt “tiada sesuatu pun” itu adalah merangkumi semua benda yang hidup. Para Ulama’ mengkategorikan kehidupan setiap benda itu bergantung kepada keadaannya, adapun batu itu di gelar hidup selama mana ia tidak pecah. Manakala pokok itu selagi mana ia tidak kering. Namun begitu, ianya tidak lah menandakan bahawa tumbuhan yang kering itu tidak bertasbih kepada Allah swt. Adapun dipilih tumbuhan yang hijau dan lembab itu adalah kerana di katakan bahawasanya tasbihnya tumbuhan yang lembab dan hijau itu lebih sempurna dan lengkap daripada tasbihnya tumbuhan yang kering, kerana tasbih tadi terhasil daripada sesuatu yang hidup.
Di Sebutkan di dalam Hasyiah “I’anatul Tholibin”, karangan Al-Imam Al-‘Allamah Abi Bakar Ad-Dimyathi yang di kenal dengan nama As-Sayyid Al-Bakri radiyallahu ‘anhu, pada “fasal solat terhadap mayyit”;
"(قوله: و قيس بها) أي بالجريدة الحضراء. (و قوله: و ما اعتيد من طرح نحو الريحان الرطب) اندرج تحت نحو كل شيء رطب كعروق الجزر ، و ورق الخس و اللفت. و في فتاوى ابن حجر ما نصه: استنبط العلماء من غرس الجريدتين على القبر، غرس الأشجار و الريحان، و لم يبنوا كيفيته. لكن في الصحيح أنه غرس في كل قبر واحدة فشمل القبر كله. فيحصل المقصود بأي محل منه. نعم أخرج عبد بن حميد في مسنده أنه صلى الله عليه وسلم وضع الجريدة على القبر عند الرأس الميت.اهـ و ينبغي إبدال ما ذكر من الجريدة الحضراء، و من الرياحين، كل ما يبس: لتحصل له بركة مزيد تسبيحه، وذكره كما في الحديث."
“(Dan perkataannya: dan di qiyaskan dengannya) iaitu dengan pelepah tamar yang hijau tadi. (Dan perkataannya: dan apa yang menjadi kebiasaan daripada meletakkan (tumbuhan) seperti bunga Raihan yang lembab), termasuklah di dalam (jenis ini), setiap perkara(tumbuhan) yang lembab seperti akar lobak, dan dedaun salad, dan (akar) turnip). Dan di dalam fatawa Ibni Hajar yang mana nas nya: Para ulama’ telah mengistinbathkan daripada (perbuatan Nabi saw) meletakkan dua pelepah (tamar) di atas kubur, (dengan) meletakkan tumbuh-tumbuhan dan bunga Raihan, dan tidaklah mereka menetapkan (bagaimana) kaifiyatnya. Akan tetapi di dalam (riwayat) yang sohih bahawasanya Nabi saw meletakkan di setiap kubur satu pelepah, maka ianya merangkumi kepada semua kubur. Maka akan terhasillah maksud dengan (diletakkan) di mana-mana sekalipun (selagi diletakkan pada kubur). Benar, bahawa Abdun bin Humaid, telah mencatatkan di dalam musnadnya, bahawasanya Rasulullah saw telah meletakkan pelepah tamar di atas kubur di bahagian kepala mayyit. -Tamat-. Dan hendaklah (seseorang itu) menggantikan apa yang telah di sebutkan daripada pelepah hijau tadi, dan daripada bebunga Raihan tadi, setiap kali ianya telah mengering: bagi mendapatkan keberkatan tasbih yang lebih, dan seperti yang di sebutkan di dalam hadis tadi.”

Pada perenggan ini, di ketahui bahawa meletakkan apa-apa sahaja jenis tumbuhan yang lembab di atas kuburan itu adalah sesuatu yang di sunatkan di dalam Mazhab Asy-Syafi’e, sebagai tujuan bertabaruk dengan dzikir tumbuhan yang hidup tadi kepada si mati.
Adapun meletakkan bunga di atas kuburan bukan lah sesuatu yang di larang oleh syariat bahkan tiada dalil yang jelas dalam melarang meletakkan bunga di atas kuburan. Ketika kita membicarakan tentang adat sesebuah masyarakat, perlu kita memberikan sebuah hukum yang sesuai dengan keadaan masyarakat. Memang benar, bahawa terlebih aula di dalam permasalahan ini, meletakkan pelepah tamar seperti yang warid daripada Nabi saw, dan juga bunga Raihan seperti yang di amalkan oleh para ulama’ di negara-negara arab seperti yemen dan lain-lain negara. Namun begitu, di tempat kita, ianya bukan sesuatu yang makruf, bahkan pohon tamar itu sendiri tidak tumbuh di tempat kita, begitu juga dengan bunga Raihan yang jarang-jarang ada di tempat kita.
Maka meletakkan bunga-bungaan sebagai ganti daripada pelepah tamar tadi adalah sesuatu perkara yang bertepatan dengan Syariat dan bukan lah sesuatu yang patut di cela, bahkan ianya merupakan sebuah tanda kebijaksanaan para Ulama’ kita yang terdahulu di dalam memahami nas-nas hadis, serta ibarah-ibarah para ulama’.
Oleh itu jangan sesekali kita membuat sebarang spekulasi negetif dengan tergesa-gesa. Jaga lah lidah kita daripada menghina para Ulama’ dan Ahli Bait Nabi saw. Para Habaib itu mereka lebih memahami agama daripada kita. Bahkan sekiranya kita datang ke tempat mereka di Hadramaut, akan kita dapati, setiap apa yang kita belajar di dalam kitab-kitab feqah pasti akan kita temukan mereka mempraktikkannya di dalam adat kehidupan mereka di Hadramaut.
Saya mendoakan sesiapa yang membaca penulisan Panjang ini agar di golongkan di kalangan orang beriman yang seperti mana di sebutkan di dalam Al-Qur’an “Mempunyai sifat tabayyun” ketika mana datang padanya sesuatu berita. Begitu juga saya mendoakan bagi sekalian pembaca agar mendapat kefahaman yang jelas dan di berikan oleh Allah swt pengetahuan yang sempurna di dalam mempelajari Agama Islam.
Ameen ya Rabbal Alamin.
Ar Raajiy ila Madadi Rabbihi Al 'Aaliy:
-Ahmad Syarifudin Bin Samsudin Al-Fahani-
-Ahmad Syarifudin Bin Samsudin Al-Fahani-
0 comments:
Catat Ulasan