Wuduk

Saya individu yang meraikan khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan fuqaha’, tetapi saya tidak menyokong amalan talfiq untuk mencari jalan mudah sahaja dan ikut hawa nafsu. Saya juga meraikan mana-mana fatwa yang memudahkan urusan ibadah wira-wira barisan hadapan kita yang memakai peralatan perlindungan peribadi(PPE).
Ringkasan beberapa pandangan dari mazhab Shafi’ie untuk golongan mukallaf yang tidak menemui air dan tanah untuk bertayammum atau terhalang dari kedua-duanya:
i- Wajib solat hormat waktu dan wajib diulangi solat tersebut bila sudah mampu untuk bersuci(taharah). Ini pandangan muktamad(rajih atau kuat) mazhab sepertimana yang difatwakan oleh Imam Shafi’ie dalam Qaul Jadidnya (fatwa baharu) dan fatwa majoriti Ashabul Wujuh.
ii- Tidak wajib solat hormat waktu tetapi sunat melaksanakannya, namun wajib qada’ bila sudah mampu untuk bersuci. Ini fatwa lama Imam Shafi’ie sepertimana yang diriwayatkan oleh ashab dari madrasah ‘Iraqiyyah.
iii- Haram solat dalam situasi ini dan wajib qada’ bila sudah mampu untuk bersuci. Pendapat ini juga dinisbahkan kepada fatwa lama Imam Shafi’ie sepertimana yang diriwayatkan oleh sebahagian ashab dari madrasah Khurasaniyyah.
iv- Wajib solat dalam situasi ini tanpa wuduk dan tayammum serta tidak wajib qada’ solat itu. Pendapat ini juga diriwayatkan sebagai fatwa lama Imam Shafi’ie ketika di Iraq. Ia juga pendapat pilihan Imam Nawawi.
(Rujukan kitab: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, karya Imam Nawawi)
Tetapi bagi saya ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu perlu diidentifikasi situasi yang sebenarnya seperti berikut:
1) Adakah para petugas barisan hadapan tidak dibenarkan langsung untuk menanggalkan PPE dalam tempoh yang sangat lama, contohnya 12 jam?
2) Adakah wira-wira barisan hadapan tidak ada pilihan untuk menanggalkan sementara sekurang-kurangnya sekali untuk berwuduk atau bertayammum disebabkan SOP KKM yang ketat untuk memastikan keselamatan para petugas?
Terus terang saya tidak tahu jawapan untuk kedua-dua soalan di atas. Jika perkongsian dari pihak ‘frontliners’ sendiri tentang situasi mereka yang sebenar amat dihargai supaya dapat memberi jawapan dan dapat membantu untuk memastikan adakah fatwa Dr MAZA sesuai untuk diamalkan atau tidak. Mungkin juga Dr MAZA sudah mendapat maklumat sebenarnya dari KKM sebelum mengeluarkan fatwa, ini juga saya tidak pasti dan tidak tahu.
Namun jika para petugas yang tidak terhalang atau masih berpeluang untuk berwuduk maka wajib melaksanakan ibadah bersuci ini. Tetapi jika terhalang untuk menggunakan air maka wajib berpindah kepda tayammum. Situasi ini tidak dibenarkan bahkan haram mengerjakan solat tanpa wuduk atu tayammum. Ini kerana bersuci adalah syarat sah bagi ibadah solat, sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
لا يقبل الله صلاة أحدكم أذا أحدث حتى يتوضأ. متفق
عليه
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat setiap seorang di antara kamu apabila berhadas sehinggalah dia berwuduk.” HR Bukhari & Muslim
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Komen saya mengenai solat jamak untuk frontliners:
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/101374361534786/?d=n


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan