TvTarekat | Huruf BA



SYARAT MENUNTUT ILMU
RAHSIA TITIK DI BAWAH "BA"
========================
Wahai sahabat-sahabatku! Untuk menuntut dan menguasai ilmu rahsia titik di bawah "Ba", bukannya mudah sebagaimana yang disangka. Ia layak dituntut bukan kerana bijaknya engkau berkata-kata. Bukan juga dengan sijil-sijil pengajian yang engkau ada. Bukan juga dengan kedudukan dan banyaknya harta benda yang engkau miliki. Bahkan, bukan juga kerana berapa lama atau ramainya guru engkau dalam bidang ilmu tarikat atau hakikat makrifatullah. Malah, bukan kerana terkenalnya engkau atau berapa ramainya murid-murid engkau. Tetapi, hati yang tulus ikhlas bertauhid kepada Allah adalah syarat atau anak kunci pembukanya.
Gerbang kota tauhid rahsia itu tidak akan dapat engkau lalui selagi mata hati rohani engkau buta. Oleh kerana itu, Kanjeng Sunan Kalijaga diperintahkan berzikir dan bertauhid dengan bersungguh-sungguh di tepi sebuah kali oleh mursyidnya untuk membersihkan hati beliau daripada syirik-syirik tersembunyi, agar celik mata hati rohaninya. Dalam ertikata lain, sebagaimana mata kasar beliau yang celik itu dapat melihat tubuh kasar beliau, begitu pula ruh beliau dapat dilihat dengan mata hati rohani beliau yang telah celik. Setelah memiliki anak kunci itu, barulah mursyid beliau mengijazahkan ilmu ini kepada beliau. Maka, dapatlah beliau masuk ke dalam kota tauhid tersebut.
Sesungguhnya, sejarah ini juga telah direka dengan dimasukkan ke dalamnya unsur fitnah. Diceritakan bahawa Kanjeng Sunan Kalijaga duduk di kali, layaknya seperti seorang ahli pertapaan. Sehinggakan pokok-pokok jalar membelit-beliti tubuh beliau. Solat fardhu dan solat Jumaat, tidak beliau kerjakan. Oh! Mana mungkin agama Islam mengajar begitu. Beliau sebenarnya hanya diperintah oleh mursyid beliau agar berzikir di kali. Tujuannya, agar beliau bersungguh-sungguh dan lebih asyik untuk mudah mencapai zauq dan terbuka hijabnya. Apabila sampai waktu solat, wajib solat. Di kali, air wudhuknya mudah diambil. Demikian juga dengan mandi dan beristinja', mudah di kali. Beliau boleh saja pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Namun, apabila selesai solat, tanpa berlengah lagi beliau mesti kembali lagi duduk berzikir di kali. Dalam ilmu kerohanian Islam, ia disebut sebagai bersuluk (khalwat). Inilah kisah sebenarnya.
Marilah pula engkau fikirkan tentang fitnah ini. Logikkah ia? Kanjeng Syeikh Siti Jenar dikatakan;
* Mengamalkan ilmu sihir dengan menyamar menjadi seekor cacing untuk mencuri dengar ilmu rahsia ini, semasa di dalam perahu.
* Berakidah sesat dengan berpendapat bahawa Zat Allah Ta'ala dan makhluk adalah satu (Wahdatul wujud).
Persoalannya, kenapa Sultanul 'ariffin Syeikh Ismail mengijazahkan ilmu ini kepada beliau? Sedangkan orang yang ada syirik khafi pun tidak layak menerimanya. Inikan pula, beliau yang jelas syirik jalinya? Sesungguhnya, pengijazahan tersebut membuktikan bahawa Kanjeng Syeikh Siti Jenar itu tidak mengamalkan ilmu sihir, akidahnya benar, hatinya bersih dan mata hati rohaninya celik.
Sultanul 'Ariffin Syeikh Ismail adalah seorang mursyid 'arifbillah yang kamil mukamil. Beliau bukan orang bodoh dan buta mata hatinya. Setiap apa yang dilakukan oleh beliau, menurut pancaran nur cahaya Allah. Beliau adalah seorang Mursyid yang kuat memegang amanah. Maka, ilmu yang disampaikan oleh beliau mestilah dengan bijaksana. Sesiapa yang telah terbuka mata hati rohaninya, layak menerima ilmu ini. Sesungguhnya, sifat sidiq, amanah, tabligh dan fathonah itu adalah sifat-sifatnya nabi, dan juga merupakan sifat-sifat seorang Mursyid 'arifbillah sejati.
Orang-orang yang berilmu dan berfikiran tajam lagi waras tidak mudah tertipu dengan fitnah penjajah tersebut yang bertujuan untuk memecahbelahkan ummah. Mereka sengaja mereka-reka amalan karut lagi sesat itu, dan mengatakan bahawa itu adalah amalan Syeikh Siti Jenar. Maka, bagi mereka yang berfikiran dangkal, terus mempercayai fitnah tersebut. Sehingga ke hari ini, fitnah itu masih dipercayai oleh sesetengah pihak. Wahai taulan! Jangan jadi boneka penjajah dengan terus menyebarkan fitnah tersebut.
Walaupun negara telah merdeka, tetapi fikiran engkau masih dijajah. Oh! Sungguh mendukacitakan. Engkau turut memfitnah seorang pendakwah yang berjasa menyebarkan dan memperjuangkan syariat dan hakikat Islam yang haq di Nusantara ini, pada suatu ketika dahulu. Lebih-lebih lagi, beliau adalah ahlul bait Rasulullah saw. Beliau ikhlas berkorban, demi menjalankan tugas tersebut tanpa sebarang upah. Ini disebabkan beliau sangat kasihkan Allah. Maka, Allah pun kasihkannya. Sekiranya engkau turut memfitnah beliau, siapakah engkau di sisi Allah? Justeru itu, renung-renungkanlah... Jawapannya ada pada engkau.
Sekian dahulu bicara hamba pada hari ini untuk tatapan kalian. Semoga kita semua dapat bersatu di bawah panji "LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAAH". Tiada lagi perbalahan di antara ulamak syariat dengan ulamak syariat dan ulamak hakikat dengan ulamak hakikat. Bahkan, di antara ulamak syariat dengan ulamak hakikat. Kembalilah kalian kepada pegangan yang haq iaitu TAUHID FANA' DAN BAQA'. Inilah pegangan para nabi, sahabat dan ulamak muttaqadimin pada zaman dahulu kala.
Sesungguhnya, perpecahan kalian selama ini sebenarnya berpunca daripada permainan fitnah penjajah. Inilah kaedah pecah dan perintah. Sudah-sudahlah kalian jadi boneka mereka. Bersihkan hati kalian daripada segala macam sifat-sifat yang tercela dan prasangka. Saringlah berita yang sampai kepada kalian dengan bijaksana. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah fitnah kerana ia akan menghitamkan hati kalian. Lebih-lebih lagi, pada akhir zaman ini, fitnah memfitnah sangat berleluasa. Hamba bawakan contoh Kanjeng Sunan Kalijaga dan Kanjeng Syeikh Siti Jenar bertujuan bagi menyatakan kebenaran untuk penyatuan ummah. Juga, agar hati engkau tidak menjadi hitam dengan mempercayai fitnah-fitnah tersebut. Sesungguhnya, syarat utama bagi engkau melayakkan diri untuk menuntut ilmu ini ialah memiliki mata hati rohani yang celik. Semoga dengan penulisanku ini, Allah Ta'ala menunjuki kalian kepada jalan yang selurus-lurusnya. Aamiin...
------------------------------------------------------------
FIRMAN ALLAH TA'ALA;
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.”
[ Al-Quran; Ali Imran :19 ]
-‐-----------------------------------------------------------
FAHAMI SIMBOL BINTANG & BULAN
( HURUF "NUN" => NUR - CAHAYA )
==============================
MAKNA BINTANG
-----------------------------
- Mata hati Nurani.
- Cahaya Ketuhanan.
- "LAA ILAAHA ILLALLAAH"
MAKNA BULAN
--------------------------
- Mata hati Rohani
- Cahaya kehambaan.
- "MUHAMMADUR ROSUULULLAAH"
MAKNA BINTANG DAN BULAN
-------------------------------------------------
- Agama Islam.
- "LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR
ROSUULULLAAH"
=> Simbol ini terdapat di puncak kubah setiap masjid dan lambang-lambang pada bendera. Sesungguhnya, bintang dan bulan adalah lambang agama Islam.
=> Bermulanya huruf "Nun" itu, dengan rahsia ilmu titik di bawah "Ba". Ramai orang tidak tahu, tidak faham ataupun tidak menyedarinya. Titik "Nun" itu, isyaratnya bintang. Manakala titik "Ba" itu, isyaratnya bulan.
=> Samada, kalian perasan atau tidak, setiap surah di dalam kitab suci Al-Quran bermula dengan huruf "BA". Pasti ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rahsia ini dapat diketahui, jika engkau terdiri daripada golongan orang-orang yang mahu berfikir.
=> Sekiranya engkau menguasai ilmu ini dan sampai pula ke mertabatnya, maka menjadi sempurnalah Islam engkau. Sesungguhnya, Islam itu sungguh indah. Ia adalah agama kebenaran.
=> Firman Allah Ta'ala;
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan cahaya petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada cahaya-Nya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
[ Al-Quran; An-Nuur : 35 ]
Hurup BA tanpa titik ibarat Dzatul Haq Allah yang sudah ada
Ketika segala sesuatunya belum ada / belum diciptakan
Yang selanjutnya karena Dzatuhaq inilah tercipta alam semesta
Atau tercipta segala sesuatunya menjadi ada
Inilah Rahasia pada Alfatihah yang diAwali hurup BA dan di Akhiri hurup NUN
Tanda titik dalam hurup BA itu berjumlah satu
Lalu kemudian diletakkan titik itu pada hurup NUN
Bentuk hurup Nun dan hurup Ba sama
Kecuali letak titik
Bila titik diletakkan diatas maka disebut NUN
Bila titik diletakkan dibawah maka disebut BA
Sebelum DIA menciptakan Alam semesta
Terlebih dahulu DIA menciptakan Qalam
Qalam tersebut diperintahkan oleh - Nya
Untuk mencatat semua khasanah - Nya
Maka TITIK NUN melambangkan khasanah yang tersembunyi itu
( Kuntu Kanzan Mahfiyan)
Titik NUN lalu diturunkan sehingga dia tidak dilingkupi oleh sebuah wadah
Ketika itu NUN berubah menjadi BA
Dengan tujuan KhasanahNya dapat dikenali
(Wa'ahbabtu An u'rafu)
Setelah itu Allah menciptakan Makhluk
( Fa khalaqtu Al khalq)
Sehingga Dia dapat dikenali
Dikatakan oleh para Arifbillah
Bahwa Allah menyimpan semua ilmu pada hurup BA
Dalam ungkapan yang berbunyi
BI KANA WA MA KANA
BI YAKUNU WA MA YAKUNU
FA WUJUDUL 'AWAMALI BI
Hanya dengan izinKU segala sesuatu yang ada itu dapat terwujud
Dan hanya dengan izin - KU sajalah semua yang akan ada dapat terwujud
#BI KANA WA MA KANA
Bersama - KU ada apa yang telah ada
Nur ala Nur ( Nurullah )
#BI KANU WA MA YAKUNU
Bersama - KU akan ada apa saja yang akan ada
( Yaitu Nur Muhammad asal kejadian atau hakikat Muhammad)
Yang berasal dari Wujud, Ilmu,Nur,Syuhud
Yakni
Asal Wujud daripada Dzat
Asal Ilmu daripada Sifat
Asal Nur daripada Asma
Asal Syuhud daripada Af'al
Yang semuanya Asal daripada Allah
Lalu kemudian kepada ....
#Fa WUJUDUL AWWALIMI BI
Adanya sekalian alam ini adalah dengan - KU
Sehingga jelas bahwa Wujud Alam dan seluruh isinya hanyalah karena izin Allah dan hakikat segala perwujudan ini adalah atas nama Allah belaka
Sesungguhnya ILMU TITIK BA adalah ilmu yang mengajarkan bagaimana memindahkan titik yang berada diluar diri
Dipindahkan kedalam diri
Sehingga TITIK itu menjadi Cahaya bagi diri
Hal ini diisyaratkan dalam Surah AlFatihah
Yang diawali hurup BA
Dan diakhiri hurup NUN
BA titik diluar
NUN titik didalam
........
EdiSi 
( Sumber dari FB Ustaz Ismail Sidek )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan