*AKAL FIKIRAN*


*AKAL FIKIRAN*

Didalam hukum akal ada 2 hukum
1 - Akal dharuri
2 - Akal nazariyah

Akal dharuri
Akal ini duduk nya didalam otak manakala akal nazariyah duduk nya didalam hati.

Akal dharuri adalah akal logika.

Akal ini digunakan untuk berfikir dgn waras melalui kehidupan seharian yg Di lalui setiap manusia, jika di tingkatkan pemikiran itu ke tahap yg tinggi maka dia mampu menjadi seorang yg Bijaksana.

Kelebihan nya berbagai2 cara mampu dimiliki seperti hafazan, mengira, mengingati sesuatu perkara dgn pantas dan pemikiran yg punya tenaga positif ini mampu mencapai ke tahap PHD ( Professor),Kajian sains dan sebagainya.
Namun Sekiranya dipaksa akal ini untuk memikirkan sesuatu perkara di luar logik akal nya, dia tidak termampu pergi lebih jauh lagi malahan akan berlaku sesuatu hal pada bahagian otak, dan sarafnya.
Ini bererti akal ini tidak mampu menerima perkara2 di luar logik akal nya seperti perkara2 ghaib. Akan Mustahil padanya untuk memikirkan akan hal2 ghaib kerana ianya lebih kepada memikirkan bukti, fakta, kenyataan yg hanya boleh Di nampak dgn mata kepala.
Apabila didalam tidur, maka akal ini akan terhenti dan di berhentikan untuk Di rehatkan, Sekiranya terlalu banyak memikir ia akan jadi sakit kepala, stress dll, maka disaat itu apakah yg mengawal turun naik nafas, degupan jantung dan gerak paru-paru?


Akal nazariyah.

Akal ini duduknya didalam hati, akal nazariyah inilah yang mampu memikirkan setiap sesuatu perkara itu dgn Sehalus2 dan sesulit2 nya, selain hal duniawi akal ini juga mampu memikirkan akan setiap perkara2 ghaib yg tidak mampu di fikirkan oleh akal di otak.
Kerana akal nazariyah ini diperkukuhkan dgn perasaan.
Perasaan tenang dan sabar,dan tatkala akal dharuri di otak bererhat, maka akal nazariyah inilah yg mengawal setiap turun naik nya nafas, degupan jantung dan gerak paru-paru, kerana akal nazariyah inilah Akal Rohani, manakala akal dharuri itu adalah akal jasmani
Bagi orang-orang yg beriman mereka mengunakan akal nazariyah yg berada didalam dada mereka, dan ini juga di sebut orang-orang yg beriman itu berfikir dgn berlapang dada. Kerana didalam dada nya ada iman dan taqwa, roja' dan khauf.
Maka untuk menjadi seorang yg mampu berfikiran terbuka,gunakan lah akal yg berada didalam dada.
Ianya akan berfikir dgn tenang serta sabar, dan menerima setiap sesuatu itu dgn ikhlas dan redha, inilah yg Di maksudkan berfikir dgn berlapang dada, kerana akal fikir nya di gunakan akal yg berada didalam dada nya iaitu akal nazariyah.
Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah diberikan petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”(QS. Al An`aam [6] : 125.
Allah SWT berfirman:
innallaziina qooluu robbunallohu summastaqoomuu fa laa khoufun 'alaihim wa laa hum yahzanuun.
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."(QS. Al-Ahqaf 46: Ayat 13).

( Ilmu jadi diri )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan