IBLIS


IBLIS 


IBLIS MENGAKU TUHAN*
(Syeikh Abdul Qadir AL-Jailani)
Suatu hari ketika aku selesai beribadah, aku melihat Arsy' yang Agung, di dalamNya ada suatu Cahaya dan ada seorang yang telah memanggil Aku;
“Wahai Abdul Qadir, Aku adalah TuhanMu dan Aku sudah menghalalkan kepadaMu semua yang Aku haramkan sebelumNya.”
Syeikh Abdul Qadir AL-Jailani bertanya kepadaNya;
"Apakah Engkau Allah swt yang tiada Tuhan selain Engkau???"
Larilah engkau wahai musuh Allah!!!...
Kemudian Cahaya tadi terpancar dan berubah menjadi kegelapan, kemudian keluar suara yang mengatakan;
“Wahai Abdul Qadir engkau telah terselamat dari tipudayaku dengan pengetahuanMu tersangat mendalam tentang Agama Allah(Islam). Aku sudah berhasil memperdayakan tujuh puluh orang dengan tipu daya ini.”
'Ketika beliau ditanya bagaimana engkau mengetahui bahawa itu adalah iblis musuh Allah swt, ia menjawab;
"Kerana dia mengatakan bahawa Allah swt sudah menghalalkan kepadaku semua yang diharamkan sebelumNya kepada yang lain, dan aku berpendapat bahawa "Syariat Muhammad" tidak mungkin sesekali digubah atau diganti, walaupun alam ini sedetik lagi akan kiamat."

IBLIS ITU SANGAT ALIM*
Jika engkau bertanya tentang AL-Qur'an kepada iblis, maka iblis akan boleh menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu takala bila ayat itu turun dari langit.
Jika engkau bertanya tentang ilmu hadist kepada iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskanNya,
kerana iblis sangat tahu asbabul wurud dari hadist tersebut.
Jika engkau bertanya tentang kisah Para Nabi, maka iblis akan dengan tepat menceritakanNya, kerana iblis sudah ada sejak Nabi Adam a.s masih berada di dalam surga.
iblis ahli AL-Qur'an.
iblis ahli Hadist.
iblis ahli Riwayat.
iblis alim dan pandai dalam segala ilmu.
Tetapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah swt, kerana di dalam diri iblis ada kalimat;
"AKU LEBIH BAIK DARI KAMU"
Semoga sedikit ilmu yang dijelaskan Allah swt di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan duniawi.
Berserah diri-lah kepada Allah swt,
Kembalikan semua Hak milik Allah swt,
SegalaNya hanya Allah swt.
-YANG AKU TAKUT
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.
-YANG AKU TAKUT
Aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
-YANG AKU TAKUT
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.
-YANG AKU TAKUT
Aku lupa bercermin diri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
-YANG AKU TAKUT
Ilmuku akan membuatku akan menjadi sombong, memandang yang lain berbeza denganku.
-YANG AKU TAKUT
Lidahku semakin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup ku pikul.
-YANG AKU TAKUT
Aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.
-YANG AKU TAKUT
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam membaiki diri sendiri.
-YANG AKU TAKUT
Aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri berbuat dosa aku enggan membenciNya.
Allah Subhana Wa Ta'alla...
Senantiasa menyedarkanku dan memberi peringatan, sehingga lebih rajin membaiki diri daripada mengurusi orang lain, yang belum tentu perilaku dan tutur kataNya lebih baik dari diriku.

# Syed Haqtullah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan