TvTarekat || Peranan Syeikh Abdullah Fahim dalam UMNO, PAS & Nahdhatul Ulama Malaya

- Syeikh Abdullah Fahim , UMNO , PAS & Nahdhatul Ulama Malaya -

- Lahir di Tanah suci Mekah pada tahun 1870 di Kampung Sha’ab Ali .
- Belajar di Mekah & Madinah sehingga menjadi salah seorang Guru di Masjidil Haram Mekah .
- Pada Tahun 1916 Beliau Pulang dari Mekah di jemput mengajar di Pondok Tuan Guru Hj Wan Sulaiman Sidik dan di lantik menjadi Guru Agama Sultan Kedah .
- Pada Tahun 1931 beliau di lantik oleh Sultan Perak menjadi Mudir Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak , Namun berlaku fitnah oleh British terhadap beliau kononnya menghimpun Ulama Ulama untuk menggulingkan Kesultanan Perak , Padahal beliau menghimpun Ulama Pondok untuk membincangkan tentang Perlembagaan Tanah Melayu setelah merdeka , Peristiwa tersebut lebih di kenali Perbincangan “Perlembagaan 99“.
- Pada Tahun 1934 beliau mendirikan Pondok Daeratul Ma’arif Wathoniah , Pada asalnya Daeratul Ma’arif Othmaniyah , Namun Syeikh Abdullah Fahim tahu dengan firasatnya Khilafah Othmaniyah akan bubar , dari situ di letakkan nama Wathoniah agak tertanam semangat Kebangsaan di dalam jiwa orang Melayu Islam .
- Pada 29 Julai 1948 Hizbul Muslimin yang di dirikan Ustaz Abu Bakar Al Baqir Semanggol Perak pada mac 1948 di bubarkan oleh British kononnya di tuduh berhaluan kiri . Lalu murid murid Syeikh Abdullah Fahim yang berada di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO)mengalu alukan para Ulama Hizbul Muslimin masuk di dalam UMNO . ( Ustaz Abu Bakar Al Bakir ialah Murid Syeikh Abdullah Fahim memondok 7 Tahun di Daeratul Ma’arif Wathoniah)
- Pada 22 Februari 1950 , Dato’ Onn dan MKT UMNO membentuk Jawatankuasa Tetap Agama bagi mengadakan Persidangan Alim Ulama UMNO di Muar Johor . Syeikh Abdullah Fahim yang juga Ketua UMNO Seberang Perai & Kepala Batas ketika itu di lantik menjadi Pengerusinya . Tujuan Persidangan ini ialah untuk membincangkan Hal Ehwal pentadbiran Islam dan langkah langkah memajukan islam di Tanah Melayu & Dato’ Onn juga tidak ingin Alim Ulama ketika itu berada di luar UMNO .
- Persidangan kali Alim Ulama kali ke -2 di Kelab Sulaiman Kampung Baru KL pada 23 Ogos 1951 yang di anjurkan oleh Dato’ Onn penyebab berdirinya Persatuan Islam Se-Malaya ( PAS ) . sebelum sebulat suara bersetuju nama Persatuan Islam Se-Malaya terlebih dahulu ada 7 nama telah di kemukakan di dalam persidangan tersebut iaitu :
1. Persatuan Ulama Malaya (nama asal yg di cadangkan oleh Dato Onn - Warta Negara 17 November 1951)
2. Perikatan Ulama UMNO Malaya (Usulan Ketua Pemuda UMNO)
3. Persatuan Muslimin Tanah Air ( PERMATA )
4. Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA)
5. Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM)- Di cadangkan oleh Syeikh Abdullah Fahim dan kebanyakkan Ulama Pondok Kaum Tua.
6. Jabhah Ulama Malaya (JUM )
7. Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)- Di cadangkan oleh Ustaz Othman Hamzah mewakili Persatuan Al Ehya As Syarif Gunung Semanggol Perak.
- Setalah PAS di keluarkan daripada UMNO apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO pada bulan Ogos 1951 , PAS di jadikan Parti Politik dengan Nama Parti Islam Se-Malaya (PAS) . Namun Ahli PAS masih di benarkan menjadi Dwi Ahli dengan UMNO . Tidak Hairanlah Syeikh Abdullah Fahim ketika itu di samping menjadi Ketua UMNO Seberang Perai & Kepala Batas , beliau juga Ketua Dewan Ulama PAS Pertama di tubuhkan di dalam PAS bagi membahaskan isu Loteri Kebajikan .
- Setelah PAS menjadi Parti Politik , ahli di buka kepada seluruh lapisan masyarakat ,Timbul isu Kaum Muda & Kaum Tua . Terjadi perbalahan serius di dalam PAS antara Ustaz Ibrahim Aqibi ( Tokoh & Ketua Kaum Muda di dalam PAS ) yang ketika menjadi ketua cawangan PAS di Pulau Pinang dengan Syeikh Abdullah Fahim (Ketua Kaum Tua , Ketua Dewan Ulama PAS & Syeikhul Islam Pertama Pulau Pinang ) . Terjadilah 1 Majlis Muzakarah Alim Ulama Se-Malaya anjuran PAS di Kepala Batas pada tanggal 4 Januari 1953 bagi membincangkan 16 perkara Khilafiyyah yang di cetuskan oleh Kaum Muda .Di dalam Majlis tersebutlah di tubuhkan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) satu badan Ulama Kaum Tua bagi mengimbangi penyebaran Dakyah Kaum Muda di Tanah Melayu . ( Saksi masih hidup antaranya Murid Syeikh Abdullah Fahim sendiri iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Ziyadi Bin Hassan - Rujuk Temubual NA’AM di Youtube )
- Sejarah menyatakan Syeikh Abdullah Fahim di lahirkan di Mekah dan menimba Ilmu di Mekah , Fakta menyatakan Beliau sempat berteman dengan Hadhratus Syeikh K.H Muhammad Hasyim Asy’ari pendiri Jam’iyyah Nahdhotul Ulama (NU) di Indonesia , Kejayan NU menghalang Kerajaan Saudi beridologi Wahabi meruntukan Maqam Nabi di Madinah menjadikan inspirasi kuat di dalam jiwa Syeikh Abdullah Fahim & Ulama kaum Tua ketika itu mendirikan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) . PAS menjadi penganjur Majlis Muzakarah tersebut lah berjasa besar melahirkan Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM) , bahkan hasil keputusan Muzakarah tersebut di izin cetak sebagai Kitab oleh yang di Pertua PAS Pertama Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Bin Hassan ( Murid Syeikh Abdullah Fahim ) dan di namakan Risalah tersebut sebagai Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah Ulama Se-Malaya di Kepala Batas .
- Beberapa Ulama Kaum Tua yang di kenal pasti terlibat di dalam mendirikan Nahdhatul Ulama Malaya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Husein Nasir Kedah Al Banjari , Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok , Syeikh Othman Jalaludin Penanti , Tuan Guru Haji Hussein Che Dol , Tuan Guru Haji Ahmad Al Badawi & lain lain lagi Ulama Kaum Tua / Tradisional Pondok .
- NA’AM hanya badan Ulama Kaum Tua yang mempertahankan Islam Tradisional iaitu Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah beraqidah dengan Mazhab Asya’irah Maturidiyah , Berfiqh dengan Mazhab Syafieyyah & Bertasawwuf dengan Imam Junaid Baghdadi Imam Ghazali ( Rujuk Amanat Syeikh Abdullah Fahim Tulisan tangan beliau ), tidaklah di gerakkan oleh orang yang berpengalaman dalam keorganisasian , Namun menjadi badan rujukan yang lebih di percayai oleh Yang di Pertua PAS Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hassan lebih dari Dewan Ulama PAS itu sendiri (kerana bercampur Kaum Muda & Kaum Tua) Namun setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan keluar dari PAS , ketika itu PAS memutuskan tidak di benarkan lagi Ahli PAS menjadi Dwi Ahli dengan UMNO , akibatnya PAS kehilangan Tokoh Tokoh pendirinya yg memilih untuk kekal bersama UMNO termasuk Syeikh Abdullah Fahim , Tuan Guru Hj Hussin Che Dol , Tuan Guru Hj Abdul Rahman Merbok , Tuan Guru Hj Ahmad Maliki , Tuan Guru Hj Ahmad Badawi dan lain lain tetapi beberapa tokoh seperti Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin Nasir Kedah Al Banjari & lain lain memilih untuk kekal bersama PAS , Ini mengakibatkan NA’AM sebagai badan Ulama Kaum Tua terbubar dan Ketua Dewan Ulama Pusat di ganti oleh Tuan Guru Hj Yahya Junid .
- Pada 18 November 1956 satu perjumpaan Ulama di adakan di Perak bagi menubuhkan Parti Nahdhatul Ulama Malaya , Ustaz Abu Bakar Hamzah menjadi Yang Di Pertua & Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hassan menjadi Timbalan Yg Di Pertua . ( Rujuk Warta Negara 6 Oktober 1956,hal 4 )
- Tuan Guru Hj Fuad Hassan menemui Syeikh Abdullah Fahim bagi memujuk beliau meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Nahdhatul Ulama Malaya , Namun di tolak oleh Syeikh Abdullah Fahim dengan katanya “Cukup orang Melayu berpecah menyebabkan kita hilang kekuatan walaupun kita orang Melayu punya Kuasa” . Akhirnya Parti Nahdhatul Ulama Malaya terkubur begitu sahaja apabila Yang Di Pertuanya Ustaz Abu Bakar Hamzah berubah menjadi pengikut Kaum Muda .
- Syeikh Abdullah Fahim berjasa besar dalam memberi irsyad kepada Tunku Abdul Rahman tentang bagimana caranya Bangsa Melayu boleh merdeka dengan Aman tanpa tertumpah setitis darah di bumi berkat ini , antara pertunjuk beliau terhadap Tunku :
1-Pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan
2-Dana dengan kutip derma di dalam Ceramah Ceramah orang Melayu
3-Membawa wakil dari bangsa cina & india .
4-Pergi menaiki Kapal laut dan pulang dengan kapal terbang .
5-Lima perkara yang tidak boleh di ubah dengan 2/3 majoriti Ahli Parlimen .
6-Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957 .
Beliau juga telah memberitahu Tunku bahawa Persekutuan Tanah Melayu ini nanti akan berubah namanya dalam masa 7 tahun setelah merdeka menjadi Malaysia .
- Syeikh Abdullah Fahim boleh dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Tanah Melayu & Tokoh Nasionalis Melayu .
- Syeikh Abdullah Fahim memegang beberapa jawatan penting dalam berkhidmat kepada Ummat :
- Pendiri Pondok Daeratul Ma’arif Wathoniah
- Mudir Madrasah Idrisiah Perak
- Syeikhul Islam (Mufti Pertama) Pulau Pinang
- Ketua UMNO Pertama Seberang Perai & Kepala Batas
- Pengerusi Jawatan Kuasa Agama UMNO
- Ketua Dewan Ulama PAS Pertama
- Ketua Pertama Nahdhatul Ulama Malaya (NA’AM)
Antara Kata Kata Syeikh Abdullah Fahim kepada Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu tentang Perjuangan Bangsa & Kemerdekaan Tanah Air :
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik , sentiasa dalam keredhaan Allah tetapi sesiapa yang lupakan niat,khianat dan tamak akan di Murkai oleh Allah akhirnya menjadi hina”
“Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa,negara dan agama.Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam menjaga Tanah Air kita .”
“Kerjasama dan permuafakatan semua kaum di Negara ini akhirnya menghasilkan pencapaian kemerdekaan tanpa perlu menumpahkan setitik darah di atas bumi bertuan ini “
“ صل يا الله وسلم على أحمد # الأل وصحبه عام خير أتانا
Tahun yang baik seperti buah yang telah masak bagi ummat Melayu untuk merdeka ialah tanggal 31 Ogos 1957 , pada hari hari dan tahun tahun yang lainnya amatlah tidak elok bagi bangsa ummat Melayu mengisytiharkan kemerdekaan bangsa dan Tanah Airnya “
“ Nanti 7 tahun setelah Merdeka , Nama negara ini akan berubah , berlaku hal yang tidak baik dengan saudara serumpun , baca lah Syairku ini : ليحي الملايو والملايا # تستقل إندونيسيا والملايا توأم
Hidup Melayu & Tanah Malaya # Merdekalah Indonesia & Malaya ialah 2 saudara kembar .
“Orang Melayu mesti berjuang kerana Allah , berjuang memerdekakan tanah air kerana Allah ,Kita Bangsa Melayu mesti memperjuangkan nasib bangsa kita , Islam menerima kebangsaan tetapi kebangsaan tidak boleh tolak Islam Tetapi ingatlah Apabila kita sudah merdeka janganlah pula ada pemimpin pemimpin kita mengaut kekayaan di belakang rakyat .”
Amanat Syeikhul Islam Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim agar Ummat Islam menjaga Mazhab Ahlis Sunnah Wal Jama’ah & menjaga kesatuan Bangsa Melayu :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أما بعد
Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (يحرم خرق الإجماع / diharamkan menyalahi ijma`).
Ambil mereka itu hukum-hukum Fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.
Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.
(NASIHAT) supaya jangan berpecah belah oleh Bangsa Melayu sendiri .Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAZHAB KHAWARIJ yakni mazhab yang KELUAR dari mazhab 4 mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak MEROBOHKAN pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlussunnah wal jama'ah.
Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia [Berhujjahlah dengan ilmiah] . "INTAHA(Tamat).
- Syeikh Abdullah Fahim meninggal dunia pada 27 April 1961 di maqamkan di samping Masjid Jami’ul Badawi Kepala Batas Pulau Pinang .
- Kini Nahdhatul Ulama Malaya di hidupkan kembali dengan namanya Nahdhatul Ulama Malaysia (NA’AM) نهضة العلماء مليسيا Ù†.ع.Ù… Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official dalam bentuk NGO bukan Parti Politik bertujuan menyambung kembali perjuangan beliau dan Ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dahulu pada masa kini .
Al Faqiruilalloh Ahmad Faiz Hafizuddin
Khuwidim Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah - Pondok Rumi Sufi Jawi
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan