Karomah Tok Wali Haji Che Mud
Pada 13 Januari 1927, sebuah kebakaran besar telah berlaku di penghujung jalan Tok Hakim, arah tepi Sungai Kelantan. Api membakar lebih dari 7 jam yang mengakibatkan 252 pintu rumah kedai dan 23 buah kediaman musnah. Namun ajaibnya, Surau Tok Wali Haji Che Mud yang terletak di tengah tengah kawasan kebakaran tidak terjejas!Manaqib Ringkas Al Allamah Alif Billah Tok Wali Haji Che Mud Pasir Hor (1887 - 1951)
Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Wan Mahmud Bin Wan Ismail Bim Wan Deraman Bin Wam Zainal Abidin Bim Wan Senik dan beliau dilahirkan di Kampung Pasir Hor , Kota Bahru , Kelantan .Moyangnya bernama Wan Senik mahsyur dengan nama Tok Tebing adalah seorang tokoh ulamak kitab di Pasir Jelatang sekitar abad ke 18.
Di antara guru beliau ialah :
1. Tok Cu Mal - Bapa Sepupunya2. Tok Nik Ud - Anak Tok Konok
3. Tuan Guru Haji Wan Muhammad - Surau Tuan Tabal, Lorong Tok Semian, Kota Bharu
4. Tuan Tabal ( Ayah mertuanya )
Anak muridnya pula yang dapat diketahui ialah Tuan Guru Wak Ali Golok.
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 64 tahun di Pasir Hor , Kota Bahru. Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
- Sumber - Tokoh Ulamak Semenanjung Melayu Jilid 1
0 comments:
Catat Ulasan