Apa itu solat?


Apa itu solat?

Apa itu solat?
Adapun makna solat itu #lekat atau #hampir yang mana ianya lahir dari kata #Waslat.
Apa makna lekat?
Makna lekat adalah #bersatu.Tidak perpisah.
Pada tubuh kita apa yang tidak berpisah?
Yang tidak berpisah adalah Allah dgn Muhammad.
Yang tidak terpisah Allah dgn Muhammad itu maknanya apa pada kita?
Maknanya adalah Esa jua adanya.
Apa itu Allah?
Adapun Allah itu Sifat-SifatNya.
Apa itu Muhammad?
Adapun Muhammad itu Terpuji.
Apa makna terpuji?
Makna terpuji,xda kejelekkan.
Jadi yang wajib kita fahami akan TEGAKNYA solat itu adalah PENYATUAN yang TIDAK BERCERAI antara Allah dgn Muhammad dimana Allah dikandung oleh Muhammad dalam ASMA SIFATNYA.
Isikandung dalam solat : SIFAT TERPUJI SERTA MEMUJI.
Maka jatuhlah solat itu kepada makna #penyatuan dimana puncak maknanya adalah perihal #esa jua.
Solat ada 2,yakni ;
1.Solat Zahir
Solat Zahir ini tertakluk pada hukum,rukun serta syarat.
2.Solat Bathin
Solat bathin ini tidak tertakluk pada waktu dan syarat seperti mengadap ke kiblat.
Solat bathin ini dinamakan solat yang berkekalan dimana kekal ia menghadap wajah Allah.
Pertama :
Dalam solat,matikan pengetahuan terhadap perkara #sembah.Nafikan perkara kita menyembah Allah walaupun kalimat Illah itu membawa makna sembah.
Kembalilah pada pangkal asal solat yakni penyatuan yang melibatkan Zat dengan Sifat.
Penyatuan inilah inti pati solat yakni menyatakan penyatuan pencinta yakni kekasih dengan kekasih.
Apabila ada solat zahir dan solat bathin.Maknanya carilah jawaban penyatuan dimana solat zahir itu dibathinkan dan solat bathin terzahir.
Adapun makna solat bathin itu atau yang berkekalan menghadap wajah Allah atau rupa sifat adalah #nafas yang tiada henti.
Adapun naiknya nafas dari pusat berkalimatkan HU,hakikatnya membawa makna pada "WujudKu"
Tatakala nafas turun berkalimatkan ALLAH,hakikatnya membawa makna "ZatKu"
Jadi dalam nafas yang turun naik berkekalan tanpa henti dalam hidup sebenar2nya membawa makna :
"WUJUD ZAT,ITULAH AKU"
Inilah martabat : #Sirullah atau rahsia Allah.
Satukan SOLAT ZAHIR dengan SOLAT BATHIN.
Bagi sahabat2 yang telah memiliki kitab hakikat solat,mungkin telah memahani akan makna tulisan ini dimana apabila kita bersolat :
Qiam
Rukuk
Duduk
Sujud itu SETIAP KALI NAFAS YANG TURUN NAIK
#tetap BERSOLAT BATHIN.
Contoh :
LAFAZ : BISMILLAHIRAHMANIRAHIEM
Kita tarik nafas,berkalimahkan HU,dalam HU inilah kita melafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM dan dalam BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ini juga tatkala nafas turun berkalimahkan ALLAH.
Membawa makna : SATU AYAT SATU NAFAS.
Barangsiapa yang membawa ilmu menyatukan SOLATDAIMUL HAQ dalam SOLAT ZAHIRNYA akan merasakan sekujur tubuhnya ditumbuhi manik2 yang #hidup atau #kebas sekujur tubuhnya.
Atas pengalaman dan bukti :
Mereka yang telah menerima solat penyatuan ini secara empat mata,ada yang #menangis teresak2 dan ada yang #tumbang di rakaat ke dua atau ke tiga kerana tidak mampu menahan sentuhan ketuhanan yang amat nikmat.
Fahami permulaan solat ini sebelum memasuki isi solat yang seterusnya.
#Noted :
Diruang komen ada saya serta status dari Sanggar Hakikat Arts Muhammad "Solat Sifat Maani"

ALLAH YANG SOLAT.
Rahsia Adam itu sebenar2nya benih.
Rahsia Jibrail itu adalah ruh.
Rahsia nabi itu adalah hati...
Rahsia Allah pula dimana?
Jawaban : Nyawa.
Hakikat Allah...hidup tiada mati.
Apa yang hidup tiada mati?
Jawaban : Zat - Sifat - Asma - Afa'al.
Bila difahami bahawa
Rahsia Allah itu nyawa,
Maka...nyawa inilah rahsianya Zat-Sifat-Asma-Afaal.
" TIDAK BERGERAK SEZARAH TANPA IZIN
ALLAH."
Jadi dalam solat...
Mana ada manusia sembah menyembah kerana :
Yang disembah : Zat
Yang menyembah : Sifat
Sebenar menyembah : Asma
Buah persembahan : Afaal
Titik kaji kerja solat itu semuanya bermula dari Qiam hingga Salam semuanya terkandung dalam kalimah La Illaha Illa Allah atau Tiada tuhan nyata Allah.
Tiap lafaz bacaan,semua tentang tuhan.
Tiap pergerakkan,Afaal namanya.
Maka,atas itu dijelaskan :
" LA FAILUN FILSOLATI BILHAQIQATI
ILLA ALLAH"
Bila sudah nyata.
mana lagi perlukan ilmu.
Orang yang masih beranggap punya ilmu saja masih berbolak2 memikir itu ini,sah tidak dlm solat.
Ingin kusyuk
Ingin itu ini...
Kerja Zat dijadikan matematik.
Adam tiada kerana sudah jadi nabi.
Maknanya
Tubuh Adam tiada sebab sudah lebur jadi hati.
Makna lainnya:
Adam itulah QALBUN MUKMIN BAITULLAH.
Jadi...
Leburkanlah ilmu jadikan amal...
Ilmu ini untuk tahu perkara sahaja..
Dah tahu,leburkan ianya dlm amal.
Maka..
Jatuhlah kita orang tak berilmu.
Mana Allah Mana Muhammad
Yang mana satu jadi Rasul
Wajib teliti dengan cermat
Kelak nanah menanggung bisul.
" Aku ada kerana engkau,Engkau ada kerana
Aku."
Maka,terpisah nama ini tidak sama sekali
Sumber dari Arts Muhammad
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan