Al Allamah Arif Billah Wali Allah Tuan Tabal ( 1819 @ 1840 - 1894 )
Namanya tidak asing lagi bagi rakyat utara semenanjung melayu hingga ke Patani khususnya di Kelantan. Tuan Tabal diantara tokoh ulamak besar Kelantan yang banyak berjasa pada ummah khususnya dalam perkembangan tarekat di alam Melayu. Daripada zuriat beliau, lahir beberapa alim ulamak yang mahsyur serta tinggi maqamnya.
Nama sebenarnya ialah Syeikh Abdul Samad Bin Muhammad Salleh al-Kalantani dan beliau dilahirkan di Kampung Tabal, Tempoyak, Kelantan (berhampiran dengan Sungai Golok). Beliau merupakan abang ipar kepada Arif Billab Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani. Isteri beliau ialah kakak jepada Syeikh Wan Ali Kutan. Wujudnya gelaran Tuan Tabal ke atas dirinya kerana dinisbahkan pada tempat kelahirannya iaitu di Kampung Tabal.
Terdapat dua pandangan mengenai tahun kelahirannya. Yang pertama ada riwayat mengatakan beliau lahir pada 1819 dan yang kedua pula mengatakan beliau lahir pada tahun 1840.
Tuan Tabal mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri sebelum ke pondok sekitar Patani dan seterusnya berangkat ke Mekah. Diantara guru guru beliau ialah :
1. Syeikh Muhammad Salleh al-Kalantani - Ayahnya
2. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al-Makki - Guru Tarekat Ahmadiyyah (M.1917)
3 Syeikh Ibrahim Bin al-Qadhi Salleh ar-Rashid (1813-1874) - Khalifah Kedua Tarekat Ahmadiyyah Rashidiah
4. Syeikkh Muhammad Ismail Bin Muhammad al-Nuwwab - Mekah
5. Syeikh Muhammad Bin Ahmad al-Dandarawi - Khalifah Ketiga Tarekat Ahmadiyyah
6. Tuan Hassan Besut
7. Syeikh Nik Dir al-Fathani @ Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al-Fathani (1829-1928)
Tuan Tabal merupakan generasi kedua tareqat Ahmadiyyah yang diambilnya dari Syeikh Ibrahim al-Qadhi Salleh ar-Rashid. Beliau juga merupakan orang yang pertama membawa amalan tarekat Ahmaddiyah ini ke tanah melayu.
Diantara anak murid beliau ialah :
1. Sibaweh Soghir Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1908)
2. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Wan Muhammad (1870-1920)- Anaknya & Mufti Kelantan ke-4
3. Tuan Guru Haji Daud Bin Che Husain - Kampung Menuang, Kota Bharu
4. Tuan Guru Haji Nik Abdullah Hakim Bin Raja Zainal - Pantai Dasar/Sabak
5. Tuan Guru Haji Abdul Mannan Bin Imam Ismaill - Kubang Pasu, Kota Bharu
6. Tuan Guru Haji Che Tahir Bin Che Senik - Kampung Laut, Tumpat
7. Tuan Guru Che Ali Bin Che Senik - Kampung Laut, Tumpat
8. Tuan Guru Haji Wan Abdul Qadir Bin Sulaiman - Kampung Limbat, Kota Bharu
9. Tuan Guru Haji Che Awang Abdul Latif Bin Imam Perang Talib - Kampung Badak, Bacok
10. Lebai Abdul Shukor Bin Husain - Kampung Cengal, Kota Bharu
11. Tuan Guru Pak Nik Awang Bin Awang Sungai - Kampung Salor, Kota Bharu
12 Tok Yaakub Bin Tok Faqih, Kampung Kukang, Kota Bharu
13. Tuan Guru Wak Haji Said Bin Tok Faqih - Seberang Balaisah, Kampung Lembu, Kota Bharu
14. Tuan Guru Wak Haji Abbas Bin Haji Koman - Kampung Ketil, Tumpat
15. Tok Kenali (1868-1933) - Kampung Kenali, Kubang Kerian
16. Tok Jerulong @ Tuan Guru Haji Muhammad Said Bin Muhammad - Kampung Jerulong, Salor
17. Tuan Guru Haji Wok Bin Haji Ahmad - Pasir Mas
18. Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad Bin Haji Ishaq - Imam Salor
19. Tuan Guru Haji Awang Bin Muhammad - Imam Jelatang, Kota Bharu
20. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bin Wan Muhammad - Kampung Cap, Sungai Pinang
21. Tuan Guru Haji Raja Ismail Bin Haji Raja Mansor - Kedai Lalat
22. Tuan Guru Haji Che Musa Bin Muhammad Kamal- Kampung Apa-apa, Pasir Mas
23. Tok Wali Haji Ismail Bin Haji Senik @ Haji Abdullah - Lundang Paku, Kota Bharu
24. Tok Wali Haji Che Mud (1887-1951)
25. Sohibus Samahah Mufti Wan Musa - Anaknya & Mufti Kelantan Ke 3
26. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Khatib - Anaknya
27. Sohibus Samahah Mufti Haji Nik Wan Daud Bin Wan Sulaiman - Mufti Kelantan Pertama
28. Sohibus Samahah Mufti Haji Wan Salleh - Mufti Terengganu
29. Tuan Guru Haji Yaakub Bin Haji Ali (1841-1941)
30. Tuan Guru Haji Mat Salleh Kelonghoi, Kedah (1850-1929)
Antara kitab-kitab tulisan Tuan Tabal adalah seperti berikut :
1. Minhatul Qaribul Mujib Wa Mughnir Raaghibin Fi Taqreeb
2. Jala’ al-Qulub Bi Zikrillah
3. Kifayatul ‘Awwam fi ma Yajibu ‘alaihim Min Umuril Islam
4. Munyatul Ahlul Awbah Fi Bayani Taubah
5. Bab Harap
6. Bidayatul Ta’alimul ‘Awwam Fi Tarafin Min Arkanil Islam
7. Munabbahul Ghafilin
8. Munyatul Muridin fi Ba’di ausaf Saiyidil Mursalin yang dikatakan kitab terjemahan dari Risalah Shaykh Abdul Aziz Dabbagh
Beliau amat dikenali sebagai ulamak yang menggabungkan kedua-dua disiplin ilmu agama iaitu Ilmu Syariah dan Haqiqah sehingga beliau di beri pujian sebagai "Ulamak Haqiqah al Arif billah al-Jami’ Bayn Shariah wal Haqiqah".
Tuan Tabal meninggal dunia ketika berusia 75 tahun @ 54 tahun dan dikebumikan jasadnya di perkuburan Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
*Sumber - Buku Tokoh Ulamak Semenanjung Jilid 1

Allahurobbi. Pilu dan sayunya hati ni. Pagi ni mendapat khabar sedih dari bumi Kelantan. Ada pihak telah merobohkan makam Wali Allah Arif Billah Tuan Tabal sampai jadi rata. Allahuakhbar


Berita Dukacita di Negeri Kelantan Darul Naim : WAHHABI mengganas di Negeri Kelantan!
Makam Al Arifbillah Syeikh Abdul Somad Bin Muhammad Soleh Al Kelantani (Tuan Tabal) رضى الله عنه [Khalifah Thariqah Ahmadiah Pertama di Alam Melayu & Guru kepada Syeikhona Kenali @ Tok Kenali ] di robohkan sehingga menjadi rata oleh individu yang tidak bertanggungjawab . Berkemungkinan besar individu individu tersebut terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah .
Jam’iyah Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official mengutuk perbuatan biadab tersebut !

YB Mohd Syahbuddin antara keturunan dan keluarga Besar Syeikh Abdul Somad Bin Muhammad Salleh Al Kelantani ( Tuan Tabal ) telah membuat kenyataan Bukan Keluarga Tuan Tabal yang merobohkan Maqam Tuan Tabal , Ini perbuatan Biadab “Orang Luar” yang menipu atas nama Keluarga Tuan Tabal 
Keturunan ke-7
Mohd Syahbuddin B. Haji Hashim
Haji Hashim B. Mamat
Mamat B. Yusuf
Yusof B. Umar
Umar B. Salleh
Salleh Ibn Wan Fatimah
Wan Fatimah Bt. Sheikh Abdul Somad
Sheikh Abdul Somad B. Haji Muhammad Salleh (Tuan Tabal)
Ada yang rosakkan kubur dengan Merobohkan Maqam Al Arifbillah Syeikh Abdul Somad Bin Muhammad Salleh Al Kelantani @ Tuan Tabal ( Khalifah Thariqat Ahmadiah Idrisiah Pertama di Alam Melayu & Guru bagi Tok Kenali Al Kelantani ).
Betapa kejinya sikap manusia keatas Seorang Ulamak Besar Nusantara. Takpa, buatlah, buatlah, kemungkaran ini... Mungkin ini adalah hikmah untuk semua ahli keluarga bersatu dan saling mengenali satu sama lain. Inn Sha Allah, kita bina dan baiki balik....
Abe Din keturunan ke-7, penduduk kampung kata ini mesti kerja 'orang luar'. Kubur ini telah lama disini dan tidak pernah terjadi seumpama ini!
Al Fatihah
15.1.2020@6ptg
KENYATAAN RASMI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Persatuan Guru-Guru Agama Pondok Pantai Timur (PGGAPPT) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan meroboh dan meratakan binaan Makam Al Arifbillah Sheikh Abdul Somad bin Muhammad Soleh , yang dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.
Pencabulan ke atas makam Ulama ini adalah satu perbuatan yang biadab dan merupakan satu kesalahan bukan sahaja dari segi kepekaan terhadap agama tetapi juga nilai-nilai keamanan.
Jelas sekali perbuatan ini juga tidak menghormati amalan-amalan ibadah yang telah disepakati keharusannya bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan penganut agama Islam di negara ini.
Kami memohon kepada pihak berkuasa agar dapat menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang melakukan perbuatan ini. Segala perbuatan provokasi menyebarkan kebencian dan mengganggu ketenteraman tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Fatwa Ulama berkenaan keharusan membina kubah di makam ulama/wali :
Disebut di dalam kitab I’anah al-Talibin:
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺒﺠﻴﺮﻣﻲ : ﻭﺍﺳﺘﺜﻨﻰ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﻗﺒﻮﺭ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﻭﺍﻟﺸﻬﺪﺍﺀ ﻭﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﻭﻧﺤﻮﻫﺎ ‏( ﺑﺮﻣﺎﻭﻱ ‏) ﻭﻋﺒﺎﺭﺓ ﺍﻟﺮﺣﻤﺎﻧﻲ : ﻧﻌﻢ ﻗﺒﻮﺭ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﻳﺠﻮﺯ ﺑﻨﺎﺅﻫﺎ ﻭﻟﻮ ﻗﺒﺔ ﻻﺣﻴﺎﺀ ﺍﻟﺰﻳﺎﺭﺓ ﻭﺍﻟﺘﺒﺮﻙ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﻠﺒﻲ : ﻭﻟﻮ ﻓﻲ ﻣﺴﺒﻠﺔ ﻭﺃﻓﺘﻰ ﺑﻪ ﻭﻗﺪ ﺃﻣﺮ ﺑﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻟﺰﻳﺎﺩﻱ ﻣﻊ ﻭﻻﻳﺘﻪ
Ertinya: “Berkata al-Bujairimi, sesetengah ulama mazhab Syafie mengecualikan (daripada hukum haram binaan atas kubur) kubur para nabi, orang mati syahid, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks ar-Rahmani pula menyebut, sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi pula berkata, walaupun di dalam tanah perkuburan yang diawamkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa.”
Yang Benar,
Syed Suhaimi Bin Syed Hassan Abdul Hadi
(Pengerusi PGGAPPT)

Sumber dari Tengku Yusuff #  kenali ulamak









DrFadhil Dba sedang bersama Nik Anwar Waedong dan 6 yang lain di Kubur Banggol Kota Bharu Kelantan.

21 jamKota Bharu, Kelantan
TINJAUAN KE MAKAM TUAN TABAL OLEH PIHAK MAIK DAN PIHAK MASJID ISMAIL PETRA BANGGOL
Pada pukul 10:00 pagi Abe Long dan Abe Din YB Mohd Syahbuddin Hashim mewakili Ketua Keluarga Tuan Tabal (Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Hasan telah menerima kedatangan pihak MAIK yang diketuai oleh En Fuzai (Bahagian Agama), Ustaz Amar Imam Tua Masjid Ismail Petra Banggol, dan penduduk tempatan bagi membuat tinjauan kejadian pencerobohan yang telah berlaku di Makam Tuan Tabal pada hari Sabtu 11/01/2020.
Persetujuan bersama telah dibuat di antara Pihak MAIK, Masjid Ismail Petra Banggol dan Keluarga Tuan Tabal (diketuai oleh Tn Hj Nik Abdul Aziz Hassan) untuk membuat Laporan Polis dalam masa terdekat. Terima kasih di atas usaha sama dari pihak MAIK dan pihak Pengurusan Masjid Ismail Petra Banggol.
Abe Long juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pencinta Al-Arif Billah ini yang sangat berprihatinan kepada apa yang telah terjadi.
Semoga الله تعالى Sentiasa Melimpahi Rahmat, Selamat dan Berkat kepada kita semua
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan