TUAN GURU DATO' HAJI AHMAD BADAWI BIN SYEIKH ABDULLAH FAHIM
Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Badawi lahir pada 13 Oktober 1907 di Syuib Ali, Mekah.Membesar dan belajar bersama ulama-ulama di Mekah sehingga tahun 1920, kemudian beliau mengikuti ayahandanya Syeikh Abdullah Fahim pulang ke Tanah Melayu.
Kemudian beliau menyambung pengajian beliau di Sekolah Arab Limbongan Kapal (Maktab Mahmud), Alor Star dari 1920 - 1926 dimana Syeikh Abdullah Fahim merupakan tenaga pengajar disitu.
Penghujung tahun 1927 beliau kembali semula ke Mekah untuk melanjutkan pengajian beliau selma 10 musim haji. Pada tahun 1938 beliau pulang semula ke Tanah Melayu untuk memimpin Madrasah ad-Daerat al-Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas yang ditinggalkan ayahandanya kerana memimpin Madrasah Idrisiah sejak 1935.
Antara guru beliau :
- Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim- Syeikh Syed Muhammad Amin
Antara jasa beliau :
- Pengasas Kelab Bola Sepak al-Wahdah, Arab Saudi- Pengasas Dewan Pemuda Islam (Dewan Pemuda PAS) (1952)
Antara jawatan beliau :
- Guru Madrasah ad-Daerat al-Maarif al-Wathaniyah- Imam di Masjid Jamik Kepala Batas
- Ketua Pemuda Persatuan Melayu Seberang Prai (1945)
- Ketua UMNO Bahagian Seberang Prai / Kepala Batas (1950-1977)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya (1949-1956)
- Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang (1957-1959)
- Ahli Jawatankuasa Kerja Agung Umno (1952-1964)
- Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS sesi pertama
- Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang (1975-1977)
- ADUN Kepala Batas (1959-1964)
- Ahli Dewan Negara (1964-1968)
- ADUN Bertam (1969-1977)
- EXCO Agama Kerajaan Pulau Pinang (1969-1977)
- Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang (1975)
Isteri : Datuk Kailan Binti Hj Hassan Kwantung
Anak :
- Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5)
- Datuk Seri Ibrahim Bin Hj Ahmad Badawi (Pemilik Syarikat Brahim's)
- Dato' Mohd Tahir Bin Hj Ahmad Badawi
- Aminah Binti Hj Ahmad Badawi
Beliau kembali ke Rahmatullah pada 7 Mei 1977.
___________________________________________
Sumber : Mohd Fadhli Ghani, Pusat Penyelidikan PAS
0 comments:
Catat Ulasan