MAKAM YANG DIJAGA OLEH "2 EKOR HARIMAU" ITULAH MAKAM KERAMAT HABIB TINGI BATU PAHAT. Ini adalah salah sebuah makam Wali Allah yang terkenal di Johor yang dianggap Keramat iaitu makam Habib Tinggi di Tanah Perkuburan Bukit Cermai (Batu Pahat).
Makam ini sering diziarahi oleh seorang lagi Wali tersohor Batu Pahat, Habib Ali bin Ja'far Al-Aidrus semasa hayatnya.
Bahkan, binaan yang terdapat pada makam Habib Tinggi adalah hasil usaha Habib Ali yang mengarahkannya agar ia diperbaiki.
Menurut Habib Ali, Habib Tinggi atau nama sebenarnya Syed Muhammad bin Hassan Al-Aidrus, Habib Tinggi hidup sezaman dengan Habib Nuh bin Muhammad Alhabshi di Singapura.
Beliau dikenali sebagai Habib Tinggi kerana memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Antara kisah yang masyhur mengenai Habib Tinggi adalah peristiwa menyeberangi Sungai Perserai dengan hanya berjalan, tanpa menaiki sampan. Ketika itu beliau bergegas mahu ke seberang. Dipujuk berulang-ulang pada pendayung sampan, namun keadaan sampan tidak mengizinkan kerana sampan sudah dipenuhi orang. Akhirnya beliau berjalan terus menyeberangi sungai, persis berjalan di atas daratan.
Dikisahkan juga, pada satu ketika dahulu, makamnya dijaga oleh dua ekor harimau, hingga ketakutan semua orang yang mahu berkunjung menziarahi makam beliau.
Akhirnya dipohonkan ke hadrat Allah SWT oleh mereka yang soleh, agar dijauhkan mereka dari ketakutan sang harimau. Maka, beredarlah dua haiwan tersebut dari makam Habib Tinggi.
Wallahu a'lam bi shawab.
Sumber dari
0 comments:
Catat Ulasan