TvTarekat | Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Utsman (Tok Selehong)

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Utsman ( Tok Selehong )

Al Allamah Arif Billah Tok Selehong | Wali Allah 5 Serangkai ( 1871 - 1935 )
Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Utsman dan beliau lahir di Kampung Lubuk Jong . Beliau juga digelar dengan nama Tok Syair kerana kebolehannya mengarang syair yang indah indah . Ayahnya berasal dari Patani dan berhijrah ke Kelantan akibat perang Siam-Patani pada 1838 .
Beliau dididik dengan menghafaz 30 juzuk Al Quran oleh ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Utsman Bin Senik . Selepas itu beliau dihantar ke Pondok Sungai Pinang .
Diantara guru beliau ialah :
1. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Abdul Malek , Sungai Pinang ( Mahaguru Pada Sekalian Guru )
2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid , Kuala Bekah , Patani ( Pejuang Patani yang ditangkap Kerajaan Siam )
3. Al Allamah Arif Billah Tok Chaok , Bendang Jong ( Mahsyur sebagai Ahli Makrifat )
4. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathoni ( Alim 47 cabang ilmu )
5. Al Allamah Syeikh Wad Daud al Fathoni ( Bapa Saudara Syeikh Wan Ahmad )
Beliau kembali ke Kelantan pada 1921 lalu membuka sebuah pondok . Beliau amat menekankan dalam pembelajaran ilmu tasawuf dan insannuddin . Oleh yang demikian beliau menggunakan Kitab Syarah Hikam karangan Syeikh Ibnu Athoillah sebagai kitab utama pengajarannya di pondok .
Beliau dikenali sebagai seorang ahli sufi yang alim lagi zahid . Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia , beliau menggali sebuah lubung khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikan semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk .
Diriwayatkan ketika Tok Selehong mensyarah Kitab Hikam setiap hari Selasa di pondoknya , ratusan anak muridnya hadir dan ada juga yang terpaksa memanjat pokok kelapa untuk melihat Tok Selehong membaca kitab .
Tok Selehong selalu menceritakan kisah Israk Mikraj pada anak muridnya . Cara penceritaan beliau amat berkesan kepada hati hati anak muridnya sehinggakan mereka merasa amat mesra dengan Rasulullah s.a.w .
Tok Selehong bersahabat baik dengan 4 wali Allah yang mahsyur di Nusantara iaitu :
1. Tok Kenali
2. Tok Padang Jelapang
3. Tok Bachok
4. Tok Kemuning
Kealiman Tok Selehong terbukti apabila Al Allamah Wali Allah Tok Kenali pernah meminjam buku catatan beliau sewaktu beliau mengaji dengan Syeikh Wan Daud untuk digunakan Tok Kenali dalam pengajaran di pondoknya . Tok Kenali juga menggelarnya " Penyair Kita ".
Diantara anak murid beliau ialah :
1. Tuan Guru Haji Hassan Ahmad
2. Tuan Guru Pak Su Ismail Bin Haji Abdul Rahman, Wakaf Bahru
3. Tuan Guru Haji Che Mamat Bin Sharif
4. Tuan Guru Pak Su Wil Kampung Dangar
5. Tuan Guru Haji Abdullah Husain
6. Tuan Guru Haji Mamat Bin Senik
7. Tuan Guru Haji Awang Lambor
8. Tok Pulau Ubi
9. Tuan Guru Haji Salleh Pedada
Tok Selehong meninggal dunia dalam usianya 64 tahun dan dikebumikan di Kok Pasir , Tumpat .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
Sumber dari KenaliUlamak
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan