TvTarekat | Makam Sultan Zainal Abidin 1, Menantu Syeikh Abdul Malek Tok Pulau Manis




Dikatakan, inilah Makam Sultan Zainal Abidin 1, menantu kepada Syeikh Abdul Malek Tok Pulau Manis. Al Fatihah (dibaca) yang berada di Bukit Keledang Kuala Terengganu. Almarhum Sultan Zainal Abiddin Shah I Ibni Almarhum Tun Habbib Abdul Majid adalah Sultan Terengganu pertama.

Bukit Keledang, Terengganu merupakan sebuah bukit kecil di pinggiran bandar Kuala Terengganu. Terdapat beberapa pusara silam di sini yang terletak di puncak bukit, kebanyakannya rosak dan sukar dikenali. Adalah dipercayai bahawa Bukit Keledang telah digunakan sebagai tempat perkuburan pemerintah awal Terengganu.

Bukit Keledang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang yang memunggah hasil dari hulu sungai Terengganu pada abad ke-18. Ia juga pernah menjadi tapak asal Istana Sultan Terengganu pertama, iaitu Sultan Zainal Abidin I (1708 - 1733M) yang mendirikan sebuah istana dan sebuah kota yang dikenali sebagai kota lama.

Ia juga menjadi makam janazah Nang Zainab (Cik Puan Besar), permaisuri Sultan Zainal Abidin II dan pembesar dan kaum kerabat diraja yang lain




# Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: