Syahadat Tok Ku Paloh Merupakan perincian maksud Dua Kalimah Shahadat
Selaku pembawa amalan Tharikat Naqsyabandiah, Tok Ku Paloh terkenal sebagai orang yang kuat engamalkan zikir zikir yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tharikat Naqsyabandiah yang susur galurnya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq [makam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan]. Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lain2 amalan sunat. Dengan kata lain Tok Ku Paloh sangat warak dan berhalus dalam beribadah.Selain mengamalkan zikir tharikat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tok Ku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahandanya iaitu ‘Syahadat Tok Ku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di negeri Terengganu secara berjemaah dan bersendirian.Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid2nya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid2 dan anak cucunya pula. Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk [menantu Haji Abdul Rahman Limbong] dan ayah saya lagi.”Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Haji Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tok Ku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula.
Syahadat Tok Ku dituduh sesat
Amalan Syahadat Tok Ku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.Tuan Hj. Hussein tidak menolak kemungkinan tidakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah.Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun1950 itu, Hj. Hussein bercerita :“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tok Ku ini.”Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini. “Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tok Ku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata ; ‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tuk Ku.“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah olahnya mengalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi.Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tok Ku bersama sama sahabatnya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.Syahadat Tok Ku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur unsur tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Sumber dari Blog Islami Jalan Akhirat.
Syahadat Tokku
0 comments:
Catat Ulasan