TvTarekat | Majis Haul Tok Pulau Manis - Pakat Mari Belaka!


Majlis Haul Tok Pulau Manis

  1.            OBJEKTIF MAJLIS HAUL                                               
    • 1. Memperingati ketokohan, jasa dan sumbangan Tok Pulau Manis di dalam hal keilmuan, pendidikan, kerohanian, dakwah dan perjuangan di Terengganu khususnya dan Nusantara amnya.
    • 2. Mengukuh permuafakatan, kasih sayang dan kerjasama di kalangan anggota masyarakat di semua peringkat umur dan lapisan, tanpa mengira latar dan fahaman politik ke arah perpaduan yang lebih utuh.
    • 3. Memperkasa peranan Masjid sebagai institusi pendidikan, perpaduan dan kemasyarakatan.
    • 4. Menjadikan Kampung Pulau Manis sebagai destinasi pelancongan Islamik berasaskan sejarah sekaligus merancakkan ekonomi setempat.
    • 5. Mendidik generasi muda untuk teguh berpegang kepada nilai-nilai agama (akidah, syariat dan akhlak) yang diwariskan para leluhur dan ulama silam.
    1.    
                                      
      TARIKH KELAHIRAN SEBENAR TOK PULAU MANIS
    • Nama sebenar beliau ialah Abdul Malik bin Abdullah. Terdapat versi nama beliau yang berbagai, namun nama yang telah disebutkan di sini adalah nama yang masyhur di sisi ramai pengkaji1. Gelaran beliau “Tok Pulau Manis” pula adalah penisbahan kepada tempat beliau menetap iaitu Kampung Pulau Manis atau dikenali juga dengan Kampung Serada, yang terletak di Kuala Terengganu. Beliau dipercayai bukan anak kelahiran kampung tersebut berdasarkan kenyataan yang telah diberikan oleh Fatin bahawa Tok Pulau Manis telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang, Hulu, Terengganu.
      Mengenai tarikh kelahirannya, ia masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Sekurang-kurangnya terdapat tiga pendapat tentang tarikh lahir Tok Pulau Manis:
      1) Pertama, beliau telah dilahirkan pada tahun 1089H/1678M dan meninggal dunia pada tahun 1149H/1736M dalam usia 58 tahun.
      2) Kedua, beliau telah dilahirkan lebih awal 20 tahun daripada tarikh di atas, iaitu sekitar 1060H/1650M dan meninggal dunia pada tahun 1149H/1736M dalam usia 86 tahun.
      3) Ketiga, beliau telah dilahirkan dengan jarak masa yang lebih awal daripada dua tarikh terdahulu iaitu sekitar awal kurun ke-11 Hijrah. Pendapat ini berpandukan kepada salah satu catatan yang terdapat pada tulisan Tok Pulau Manis sendiri yang mana dinyatakan bahawa beliau semasa berusia 12 tahun pernah belajar dengan tokoh ilmuwan Islam yang terkenal pada masa itu, iaitu Shaykh Ibrahim al-Kurani, sekitar tahun 1025H/1661M – 1101H/1690M.
      �Mengikut catitan, pembelajaran Tok Pulau Manis dengan
      al-Kurani berlaku di Mekah. Ia adalah proses menimba ilmu peringkat akhir Tok Pulau Manis sebelum kembali ke tanah airnya. Pada peringkat awal, beliau telah menimba ilmu di kampung halaman sendiri dan kemudian ke Aceh. Di kampung halaman, beliau telah berguru dengan ayahandanya sendiri iaitu Shaykh Abdullah bin Shaykh Abdul Qahar. Selain beliau, Tok Pulau Manis turut menimba ilmu dengan ulama’-ulama’ tempatan. Di Aceh pula, di samping mendampingi sejumlah guru, beliau tekun menemani Shaykh Abdul Ra’uf Singkel yang merupakan murid kanan kepada Shaykh al-Kurani. Melalui Shaykh Abdul Ra’uf inilah, Tok Pulau Manis melanjutkan pengajian di Mekah dan suhbah (mendampingi) al-Kurani.
      Dalam lingkungan usia 40 tahun, Tok Pulau Manis meninggalkan Mekah, kembali ke kampung halamannya dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang luas. Beliau – sebagaimana dimasyhurkan – memiliki kepakaran yang tinggi dalam Ilmu Tasawuf. Namun pada hakikatnya, beliau turut memiliki kepakaran yang setara dalam bidang ilmu-ilmu Islam yang lain. Disebabkan kecenderungan atau keperluan tertentu, beliau memilih Ilmu Tasawuf sebagai medium dakwahnya kepada masyarakat.
      Pada hemat penulis, beliau berbuat demikian kerana melihat keutamaan Ilmu Tasawuf yang mendidik jiwa dan akhlak di samping kelenturannya mencakupi akidah dan syariat Islam. Beliau meyakini, anak bangsanya yang mempelajari Ilmu Tasawuf akan memperoleh kefahaman beragama yang menyeluruh serta mampu beramal dengan amal yang soleh dan akan memperoleh keselamatan di dunia dan akhirat.
      (Petikan : Kertas Kerja oleh Mohd Hamidi Ismail, “Wacana Progresif dalam Pemikiran Sufi Menurut Tok Pulau Manis”, Jurnal Qalbu 5.2 (Jun 2018): 26-58)
      # Majlis Haul Tok Pulau Manis
    Share on Google Plus

    About roslanTv Tarekat

    Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

    0 comments:

    Catat Ulasan