TV TAREKAT | BERILMU TASAWUF TETAPI TIDAK BERAMAL
Mempunyai ilmu tasawwuf yang tinggi, boleh membaca kitab kitab tasawwuf, mahir dengan terma terma dan perkataan tasawwuf yang tinggi, sangat alim dengan tasawwuf.
Namun tidak menjalani perjalanan seorang ahli tasawwuf, tidak akan menjadikan secara AUTOMATIK seseorang itu ahli tasawwuf. tasawwuf itu adalah ilmu ADAB yang harus menjalani dengan kaedah, yang di sebut dengan TAREQAH, yang harus di pimpin oleh seorang guru mursyid yang diberi keizinan oleh gurunya untuk memimpin jemaah atau ikhwannya. Gurunya memindahkan sirru rububiyah dengan beradab nya seseorang murid kepadanya. Bukan dengan sekadar belajar kitab dan hafal kitab.
Tareqah itu kaedah mendapatkan tasawwuf, yang di ajarkan oleh seorang guru mursyid yang wasil. Yang telah menjalani tarbiyah dari gurunya, yang menjalan wirid dan zikir, menjalani pertambahan ibadat, yang dengan ibadatnya dia dapat merasakan sendiri warid nya dan madadnya. Sehinggakan keyakinannya berubah dari ilmu yakin kepada ainul yaqin dan haqqul yaqin.
Akhir akhir ini kita melihat ramai orang yang petah dengan terma tasawwuf, alim dengan tasawwuf. Namun alimnya tidak beramal. Hanya sekadar berilmu. Mereka tidak menjalani kaedah tarbiyah sufiyah, yang di sebut sebagai bertareqah. Malah menganggap tareqah tidak perlu sekiranya sudah mampu menjaga hati sendiri tanpa mursyid . Malah ramai juga suka membicarakan kalam kalam tasawwuf yang tinggi yang banyak membicarakan hasil tasawwuf tetapi bukan kaedah tasawwuf.
Kerana kepentingan ini lah para ulama sufi mengatakan
Ø·َÙ„ِبُ الشَّÙŠْØ®ُ Ùˆَجِبٍ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ù…ُرِÙŠْدٍ ÙˆَÙ„َÙˆْ Ù…ِÙ†ْ اَÙƒْبَرِالْعُÙ„َÙ…َاءِ
“Bermula belajar kepada Syaikh (menuntut ilmu Tarekat) itu wajib hukumnya walau sebesar-besar ulama.”
0 comments:
Catat Ulasan