PERLU CARA BARU DALAM PEMBELAJARAN SIFAT 20
23 Jun 2016 - Islam diajarkan kepada seluruh Nusantara menerusi pengajian Sifat 20. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa sifat 20 itu satu bidaah atau sesat, ianya seumpama 'tin kosong', ujar Tuan Guru Abdul Raof dalam mukadimmah Daurah Asar (Tauhid) dalam salah satu program Iktikaf Perdana anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia atau singkatannya PERTAMA petang semalam di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Program Iktikaf ini merupakan salah satu usaha ulama' dan para alim yang berada dalam saf utama PERTAMA memasyarakatkan amalan tarekat dan tasawuf yang kini semakin hilang terutamanya di kalangan generasi muda.
Antara yang semakin runcing adalah Pengajian Sifat 20 yang kini semakin banyak aliran-aliran luar masuk ke Nusantara dan membidaahkan pengajian yang telah mengakar-umbikan asas amalan Islam di Nusantara yang bertapak sejak kurun ke 15 lalu, sehinggakan masyarakat kini ramai yang tidak mengetahui tentang adanya pengajian sifat 20 ini.
Justeru TG Abdul Raof juga mengajak para-para alim ulama terutamanya dalam bidang tauhid memperbaharui cara-cara pengajian termasuk memudahkan dan meng 'update' kan perkataan-perkataan dan penerangan yang digunakan bagi pembelajaran ini agar tidak terlalu membosankan sehinggakan ada yang tertidur semasa pengajian.
0 comments:
Catat Ulasan