TvTarekat | KOPRATASA ANGKAT KARYA SUFI MATHNAWI RUMI DALAM ALBUM TERBARU 2016


Hari ini (16 Februari 2016) bertempat di Auditorium, Institut Integriti Malaysia (IIM), lima buah lagu yang digubah oleh kumpulan muzik malar segar, Kopratasa, dalam satu album berdasarkan karya sufi terkenal dunia, Mathnawi Jalaluddin Rumi dilancarkan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Album yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Luncai Emas Sdn. Bhd. ini menggunakan bait-bait puisi Mathnawi Jalaluddin Rumi daripada enam jilid terjemahan bahasa Melayu oleh Profesor Dr Sayid Ajmal Al-Aidrus terbitan ITBM. Majlis yang berlangsung di Auditorium Institut Integriti Malaysia ini turut dihadiri Encik Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif ITBM); Dr. Anis Yusal Yusoff (Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Intergriti Malaysia); dan Dato’ M. Nasir (Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd.). Foto-foto sekitar majlis berlangsung.

Kopratasa membuat persembahan lagu terbaru mereka.



Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan