Majlis Sidang Media Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA)

Barisan artis yang akan turut menjayakan program Zikir Perdana pada 7 November 2015. Foto oleh Roslan Ramli
NGO pertama hasil dari penyatuan pengamal-pengamal pelbagai kumpulan tarekat di Malaysia berjaya diwujudkan baru-baru ini dengan nama Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

"PERTAMA bukanlah satu badan NGO yang menggabungkan semua tarekat tetapi hanya satu NGO yang dianggotai oleh pengamal kepelbagaian tarekat," jelas Yang DiPertua PERTAMA Datuk As'ari Haji Ibrahim dalam sidang akhbar pertama di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2015 lalu.


Tiada Wakil Tarekat


"Tiada mana-mana ahli memasuki pertubuhan ini sebagai wakil mana-mana kumpulan tarekat," ulas Datuk As'ari lagi.

Mawi dan Inteam serta barisan AJK PERTAMA. Foto oleh Roslan Ramli
Tarekat yang dulunya adalah pengajian yang serba tidak formal untuk mendekatkan diri kepada Allah Maha Pencipta, kini telah mengalami transformasi sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Pengajian tarekat dan tasawuf kini dapat diikuti melalui media arus alternatif internet dan sewajarnya kaedah lama itu harus disesuaikan bagi menjadi wadah kebaikan masyarakat.


Tarekat di zaman ICT


Yang DiPertua PERTAMA Dato As'ari Ibrahim sedang memberi ucapan di majlsi sidang media. Foto oleh Roslan Ramli
"Kita perlu menyedari realiti dan cabaran-cabaran semasa,sebagai contoh khubah Jumaat dan ceramah serta kuliyyah para guru kini boleh diperolehi secara podcast dan media streaming. Dengan cara ini tarbiyyah dapat dikendalikan secara jarah-jauh kepada masyarakat yang amat dahagakan ilmu rohani," kata As'ari lagi.


Timbalan Yang DiPertua 1 PERTAMA. Foto oleh Roslan Raml
Visi dan misi PERTAMA adalah seperti berikut:-

1) Membina satu pergerakan yang berasaskan ilmu dan amalan Islam mengikut fahaman Ahli sunnah Wal-Jamaah dan beraqidah Asy'ariah dan Maturidiah;

2) Mengarusperdanakan peranan tarekat dan tasawwuf dalam pembangunan negara;

3) Mengadakan aktiviti kebajikan untuk masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan menubuhkan tabung kebajikan bila mana wujud keperluan;

4) Membela dan membetulkan salah anggapan tentang tarekat tasawwuf berdasarkan kajian ilmiah dan kesahihan hujjah dari Al-Quran, Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias dan memastikan kesucian amalan dan pegangan tarekat dan tasawwuf sentiasa berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias;

5) Mewujudkan kerjasama dengan pihak berwajib agama dan agensi kerajaan yang lain, di peringkat negeri dan negara;

6) Mewujudkan silaturrahim antara ahli-ahli kumpulan pengamal tarekat di Malaysia.

Usaha juga sedang berjalan untuk bergerak ke arah mewujudkan satu Majlis Sufi Negara dengan kerjasama semua aliran tarekat, para akademik dan agensi kerajaan seperti JAKIM dan berkaitan demi berbakti kerana Allah SWT. Majlis ini akan bertindak sebagai badan rujukan dan boleh memberi garis panduan pembangunan institusi tarekat. Bertindak dari sini, satu lajnah Kawalan Tarekat diwujudkan yang dianggotai oleh tuan guru-guru, para professor dan para masyaikh.


Artis Popular di Majlis Perasmian PERTAMA


PERTAMA akan menganjurkan majlis perasmiannya pada 7 November 2015 ini bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Sebuah program Majlis Zikir Perdana juga akan di anjurkan dan menjemput semua kaum muslimin muslimat agar hadir beramai-ramai. Dijangkakan beberapa artis popular turut hadir antaranya Mawi, Inteam dan Nabil.

Pada hari yang sama di awal paginya, PERTAMA buat julung kalinya akan turut mengajurkan SIMPOSIUM TAREKAT TASAWUF SIRI 1/2015 dengan tajuk-tajuk kertaskerja antaranya ialah:-

1. Kedudukan dan Kepetingan Tarekat Tasawuf Dalam Islam.

2. Amalan Zikir Ismu Zat (Allah, Allah, Allah) Jalan Menuju Hakikat dan Ma'rifatullah.

3. Peranan Tarekat Tasawuf Dalam Membetulkan Akidah Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplimentari.

4. Peranan Tarekat Dalam Menghalang Aktiviti Keganasan dan Keruntuhan Akhlak.

Antara pembentangnya adalah Tuan Guru Dr Hj Jahid Sidek Al-Khalidi, Prof Madya Dr Syed Hadzrullatfi Syed Omar, Dr Mahyuddin Ismail dan Dr Ahmad Najaa Mokhtar.

Syabas dan tahniah kepada Yang DiPertua dan seluruh jawatankuasa PERTAMA. InsyaaAllah TvTarekat akan hadir.


Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan