iktikaf

TvTarekat | IKTIKAF PERDANA RAMADHAN 2016 (Tafsir Al-Fatihah)

DAURAH SUBUH OLEH TG ABDUL RAOF DALAM PROGRAM IKTIKAF PERDANA

Tempat: MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia - PERTAMA
https://www.facebook.com/tarekatmalay...
Video oleh: http://tvtarekat.blogspot.my/

Sambungan ayat kedua tafsir Al-Fatihah menurut tasawuf dan sufi, daurah subuh kali ini TG Abdul Raof membicarakan tafsir Alhamdulillah - Robbalalamiin. ArRahman - ArRahim. 

Ilmu tafsir ini harus bersandarkan kpd ilmu tauhid, aqidah dan fekah. Tafsir tasawuf dan sufi adalah lebih halus dan mendalam, bukan saja dari perkataan malah dari huruf spt Aliff - Lam - Dal. TG memulakan bicara dgn menghuraikan makna Robb sebagai tarbiyyah sekalian alam. Perintah dari Allah untuk memuji diriNya. Semua bentuk kejadian adalah ciptaan Allah tapi dalam bentuk wasilah dan bertawassul. TG juga turut menyentuh ttg sifat, asma, af'al dalam tafsir ini. 

Turut disentuh adalah tentang hubungkait ayat ke ayat sehingga Malikiyaw- Middin dan lain-lain. Pengakhirnya peringatan beliau ttg ayat al-Fatihah ini adalah menjadi usul kepada keseluruhan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran.

Semoga kita mendapat pentunjuk dan inayah dapat mengikuti daurah ini bagi memahami dan mendalami agama Islam dari sudut ilmu tasawuf dan tauhid.

Link kepada fb page penganjur: https://www.facebook.com/tarekatmalay...

About hjrozman abas

(c) 2016 TVTarekat.com / IslamicTunes.net. Diberdayakan oleh Blogger.