Allah

TvTarekat | Siapakah Pewaris Nabi Yang Sebenar?

SIAPAKAH ULAMA PEWARIS NABI, SHAIKH & MURSYID YANG SEBENAR?
SIAPAKAH PEWARIS NABI YANG SEBENAR?

Susunan : Tok Kelana

Foto dari Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) program Taman Syurga

MUQADDIMAH 

Segala puji tertentu bagi Allah. Salawat salam kepada Sahibul Asrar Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, Ahlul Bayyit yang suci, para Sahabat yang mulia serta sekalian Aulia' Allah sehingga akhir zaman.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah Nabi dan Rasul terakhir bagi Ummat ini. Siapakah yang akan memimpin Ummat ini setelah ketiadaan Baginda.? Siapakah yang akan mendidik Ummat ini dengan ilmu syari'at dan ilmu kerohanian?. Siapakah yang akan membawa manusia ini mengenal diri serta Penciptanya?
Kerana manusia selamanya memerlukan pemimpin Rabbaniyyah yang menunjukki kepada hakikat kebenaran dan keTuhanan bagi membebaskan dirinya daripada kekufuran dan kesyirikan. Kitab serta aqal sahaja tanpa pemandu yang menunjuk arah akan menyebabkan manusia menyimpang dari kebenaran yang hakiki. Ini kerana akal manusia yang terbatas kemampuannya tidak dapat menyelami segala rahsia KeTuhanan yang tersembunyi. Nafsu jahat yang bersemadi dalam batin pula akan sentiasa mengajak kepada membuat fasad dan penyelewengan.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah mendidik serta mencurahkan Ilmu zahir dan Ilmu Kerohanian kepada para Sahabat Baginda yang mulia Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu 'Anh, Sayyidina Umar Radhiallahu 'Anh, Sayyidina Uthman Radhiallahu 'Anh dan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah. Mereka ini kemudiannya mencurahkan pula Ilmu suci ini kepada Sayyidina Hassan, Sayyidina Husain, Sayyidina Salman Al-Farisi serta sahabat lain Radhiallahu 'Anhum Ajmain.
Demikian Sayyidina Hassan, Sayyidina Husain serta sahabat lain Radhiallahu 'Anhum Ajmaiin telah mencurahkan ilmu tersebut kepada generasi Tabiin berikutnya. Generasi Tabiin seterusnya mendidik Tabi-it-Tabiin. Demkianlah seterusnya ilmu ini dipindahkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya secara mushahfahah dan tidak putus sehingga ke zaman kita sekarang ini.
Ilmu Nabi ini akan terus dipindahkan dengan cara yang sama sehingga akhir zaman.
Mereka yang mewarisi Ilmu Nabi zahir batin ini di kenali sebagai khalifah2/ Pewaris Rasulullah (pengganti Nabi) .
Firman Allah:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنْكُمْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى الاٌّرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِى ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِى لاَ يُشْرِكُونَ بِى شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَـسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [An-Noor (24) : 55]
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia, maka diganti seorang nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut ”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan baiat seperti baiat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.” (Bukhari Muslim).
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah- khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku."
(Riwayat Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah)
Dan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Hairan oleh Allah daripada satu-satu kaum yang masuk syurga bertali-tali (ya'ni bergantung satu kepada satu beberapa banyak Shaikh kepada Shaikh yang lain sehingga bertemu pada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam)
(Riwayat Bukhari)
Segala keterangan di atas menjadi bukti nyata bahawa Nabi tidak meninggalkan kita tanpa panduan. Bahkan Nabi telah menurunkan segala Ilmu Baginda zahir batin kepada generasi berikutnya dan juga memberi jaminan akan adanya pengganti Baginda yang akan meneruskan Risalah Baginda! Pada hakikatnya ini adalah rencana Ilahi yang tersusun indah didalam PemerintahanNya!
Ini bermakna pada stiap zaman dan setiap wilayah pasti ada "Pewaris Nabi" ini untuk memimpin Ummat Islam kepada jalan Ketuhanan dan Syari'at Islam. Allah Ta'ala akan sentiasa zahirkan Pewaris Nabi ini dan menghimpunkan beberapa hamba2 pilihan untuk menjadi pengikut mereka yang setia. Mereka inilah sahabat dan penolong kepada Pewaris Nabi ini.
Tetapi sayang sekali kebanyakan Ummat Islam tidak lagi mengenali "Pewaris Nabi" yang haq ini. Setengah mereka tidak peduli samada mereka ada pemimpin atau tidak. Yang lain2 mengambil Ulama2 jahat dan orang2 jahil sebagai pemimpin mereka. Ini yang di isyaratkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم :
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما bersabda Rasululllah صلى الله عليه وسلم :
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan (menghilangkannya) dari dada hamba2Nya sekaligus. Tetapi Allah menghilangkan ilmu tersebut dengan mematikan Alim-Ulama sehingga tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin2 dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah)

WARISAN CAHAYA SILSILAH (PEWARIS NABI) ADALAH PILIHAN ALLAH

Apa yang kami maksudkan dengan Pewaris Nabi atau Cahaya Silisilah Nabi adalah orang2 Mu'min pilihan Allah yang menerima pemindahan Ilmu Nabi zahir dan batin daripada sahabat ke sahabat berikutnya secara 'mushafahah'- dengan cara berhadapan dengan Guru! Pemindahan Ilmu keruhanian adalah pancaran Nur Muhammad (cahaya ke Nabian) kepada sekalian sahabat Baginda yang kemudiannya di alirkan kepada generasi sahabat dan Shaikh2 berikutnya.
Oleh yang demikian Pewaris Nabi yang sebenar bukanlah lantikan pemerintah2 negara atau lantikan melalui undian atau lantikan kerana keturunan atau lebih buruk lagi seseorang mengaku dia lantikan Allah. Semua ini tidak dapat diterima kerana Pewaris Nabi bukan barang mainan nafsu atau politik dunia. Walaupun dia seorang Ulama Al-Azhar yang terkenal sebagai Ulama seluruh dunia, namun jika dia tidak menerima pemindahan Ilmu dan cahaya KeNabian dengan cara mushafahah yang disebutkan seperti di atas, maka dia belum boleh dikatakan sebagai Ulama' Pewaris Nabi yang haq.
Orang2 Alim seperti ini hanya boleh digelar sebagai orang Alim Fiqh. (Ihya Ulumuddin)
Pewaris Nabi yang haq adalah pilihan Allah yang tidak boleh di engkari oleh sesiapa pun. Lantikan ini tidak boleh di tolak dan tidak boleh minta2! Ianya adalah pancaran Nur Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia semata2 anugerah dan Amanah Allah Ta'ala! Di dalam disiplin Ilmu Ma'rifat dan pimpinan keruhanian, pilihan Allah ini akan disampaikan oleh Ruhaniyah Rasulullah kepada seseorang Pewaris Nabi yang sedang memimpin kaumnya. Apa yang kami maksudkan adalah : Pewaris Nabi yang sedang memimpin akan melantik seseorang yang telah mendapat limpahan Ruhani Rasulullah untuk menjadi Pewaris Nabi seterusnya jika dia layak. Ianya tidak boleh di reka2 oleh Guru itu melainkan melalui petunjuk Raslullah صلى الله عليه وسلم.
Mereka inilah Ulama Pewaris Nabi yang sebenar!
Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyddin رضي الله عه,
"Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan Rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah Pewaris Nabi-Nabi, pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh Rasul-Rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi." (Sirrul Asrar)
Kata Imam Ghazali رضي الله عه :
Sebelum Nabi wafat, Baginda telah menentukan sahabat2 yang akan menggantikan Baginda untuk memimpin dan mendidik Ummat pada jalan ketuhanan. Setelah itu para sahabat mewariskan pimpinan ini kepada para Tabi’in dan seterusnya sehingga hari kemudiannya. Mereka inilah Pewaris Nabi. (Ihya Ulumuddin)
Sila perhatikan baik-baik perkataan Shaikhuna, lantikan Guru yang mewarsi Nabi untuk memimpin Ummat sebagai Pewaris Nabi bukanlah dari Guru itu sendiri, melainkan ianya petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang disampaikan kepada Guru yang memimpinnya Dengan demikian orang2 yang melantik diri sendiri sebagai Shaikh Pewaris Nabi kononnya dia dilantik oleh Allah adalah pengakuan batil dan sesat yang tidak boleh diterima!
Subhanallah....

About hjrozman abas

(c) 2016 TVTarekat.com / IslamicTunes.net. Diberdayakan oleh Blogger.