islam

TvTarekat | IKTIKAF PERDANA OLEH PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) akan menganjurkan IKTIKAF PERDANA di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bermula pada 22 Jun hingga 2 Julai 2016 ini, iaitu bersamaan dengan bermulanya 10 malam terakhir bulan Ramadhan tahun ini.

Iktikaf ini akan dipimpin oleh 3 syaikh tarekat terkenal iaitu Tuan Habib Najmuddin Al Khered, tuan guru Abd Raof Nurin dan Syaikh Alee Abdul Qadir yang akan bersama-sama beriktikaf dengan ahli-ahli pertubuhan tarekat ini dengan tinggal bermalam dan beribadah selama 10 hari di masjid. Program ini juga terbuka kepada muslimin lain (hanya lelaki) secara percuma dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu menerusi link ini: http://www.tarekat.org/iktikaf-perdana-sempena-ramadhan.html

InsyaaAllah, antara pengisian ibadah adalah qiamulail dan bertadarus Al-Quran di samping ceramah tentang Daurah Tauhid Sifat 20 dan Tafsir Al-Fatihah.

IslamicTunes menerusi blog TvTarekat telah diberikan tanggungjawab menggalas kerja-kerja rakaman 'LIVE VIDEO STREAMING' ceramah-ceramah khas ini setiap hari iaitu selepas solat subuh, sebelum dan sesudah solat asar. Bagi sesiapa yang tidak dapat menyertai program ini namun berminat, bolehlah menonton siaran "live" ini di Channel Youtube TVTarekat.

About hjrozman abas

(c) 2016 TVTarekat.com / IslamicTunes.net. Diberdayakan oleh Blogger.