Pengertian Tarekat

by naderbellal
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Dalam pengertian umum, tarekat adalah dari bahasa Arab yang diambil dari perkataan "thariqah" bererti jalan tertentu yang ditempuh oleh seseorang individu atau salik (pejalan) untuk tiba ke suatu tujuan yang telah ditetapkan oleh salik.

Dalam pengertian dari sudut Islamiyah, ianya adalah dari sudut 'tawajjuh' iaitu menghadapkan wajah serta hati menuju Allah SWT. Apapun pengertian dan tafsirannya, ianya adalah sesuatu amalan atau pekerjaan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. 

Tarekat tidap dapat dipisahkan dengan Tasawuf dan Sufi. Secara ringkasnya tarekat adalah jalan mendalami ilmu tasawuf melalui guru mursyid dengan berijazah dan bersanad kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat pelbagai kumpulan tarekat di dunia dan pengamalnya menjadi pengikut kepada guru-guru mursyid. 

Tarekat adalah bukan satu-satunya jalan menuntut ilmu tasawuf dan kebanyakkan ahli sufi mengamalkan ilmu ini dengan bersendirian.

Bagi pihak TvTarekat, semua pengertian dan tafsiran ini adalah seharusnya bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika ada konten-konten yang bersanggahan dan bercanggahan dari sumber terAgung dan mulia ini, maka gugur dan berdosalah kami dan benarlah kitabullah dan sunatullah itu.

Justeru tujuan TvTarekat ini diwujudkan bagi menjadi satelit komunikasi berpaksi pada orbit Rabbi, tanpa cahayaNya maka gelaplah kita semua dan makhluk alam semesta seluruhnya. Kami cuba menjadi sumber penerang dari gelap kepada terang dengan cara yang seboleh-bolehnya menjadi mudah, insyaaAllah! Maka kesempurnaan agama ini adalah menghasilkan akhlak dan adab, kami mohon agar segala bentuk komunikasi berlangsung dalam suasana ukhuwah dan damai.

Dalam mencari jalan menerangkan agama ini yang hampir lebih separuh adalah dari sumber ghaib, memang kita memerlukan bukan saja cahaya terang dan mudah tidak mengelirukan, malah juga cahaya hidayah yang terangnya jauh hingga dapat melihat destinasi akhirnya kita semua...

Semoga TV ini dapat menjadi penerang tersebut, moga juga semua pihak terutama dari kalangan pengamal tarekat manapun dapat menjadi penyumbang konten-konten sebagai penerang kepada kita semua, insyaaAllah!

Sebarang jemputan untuk membuat liputan berita, majlis atau perjumpaan boleh di email kepada info@tvtarekat.com atau boleh hubungi Penerbit Channel iaitu saudara Roslan Ramli +60 13 395 9667

Salam ukhuwah. 

Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan